Browsing by Author "Fakhri Bin Sungit"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komponen Kurikulum Agro Penternakan: Islam Satu Sorotan Literatur(Penerbit USIM, 2022) ;Azrulkhakim Bin Suradi ;Muhammad Yusuf Marlon Abdullah ;Mariam Abd Majid ;Fakhri Bin Sungit ;Halim Mokhtar ;Mardhiah Binti YahayaSuwaibah AffandySebanyak 551 ayat atau bersamaan 8.8% dari keseluruhan al-Qur’an berkaitan dengan bidang agro. Allah SWT memerintahkan manusia agar memakmur dan atau memajukan bumi ini termasuklah bidang agro. Artikel ini ingin mengenal pasti komponen-komponen penting dalam membangunkan model kurikulum agro menurut perspektif Islam. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan tinjauan literatur dan kaedah tinjauan iaitu temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa antara komponen penting dan membangunkan kurikulum agro penternakan menurut perspektif Islam adalah pengurusan kandang, pengurusan induk/anak, pengurusan makanan, pengurusan penyakit/rawatan, pengurusan baja organik dan pengurusan pemasaran. Impak daripada kajian ini akan memberikan gambaran awal tentang kepentingan ilmu dalam bidang agro kepada umat Islam supaya dapat melaksanakan konsep halal haram dalam Islam khususnya dalam bidang agro dan juga membuktikan bahawa agama Islam ini bersifat syumul dan praktikal.