Browsing by Author "Fathiyah Fakhruddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Dalam Menerapkan Nilai Akhlak Murid Banduan Muda: Satu Tinjauan Awal(Global Academic Excellence, 2018) ;Asmawati Suhid ;Fathiyah Fakhruddin ;Lukman Abdul MutalibAbd. Muhsin AhmadAkhlak merupakan salah satu teras ajaran Islam dimana tanpa akhlak maka tidak sempurna keislaman seseorang individu muslim. Justeru, pendidikan akhlak manusia merupakan antara agenda utama pendidikan dalam Islam. Malah, perutusan Rasulullah SAW ke muka bumi ini antara lain bertujuan menyempurnakan akhlak mulia manusia. Penekanan kepada pendidikan akhlak jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Berdasarkan konsep Education for All atau pendidikan untuk semua, maka Pendidikan Islam turut diajarkan kepada murid banduan muda di sekolah-sekolah Integriti di Malaysia. Menerusi pendidikan yang diberikan diharapkan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan perdana dan yang utama dapat memelihara dan membentuk akhlak mereka. Walaupun murid ini dianggap sebagai bermasalah delinkuen, mereka perlu dididik dan dipupuk dengan nilai-nilai Islam dan moral agar menjadi insan yang berguna di suatu hari kelak. Untuk itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap penerapan nilai akhlak menerusi amalan pengajaran guru Pendidikan Islam. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid berpandangan positif tentang penerapan nilai akhlak dalam amalan pengajaran guru Pendidikan Islam. Mereka turut bersetuju bahawa guru Pendidikan Islam mempamerkan akhlak mulia semasa memulakan pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji dapat membuat beberapa rumusan dan mengetengahkan beberapa cadangan yang wajar