Browsing by Author "Fathiyah Mohd Fakhruddin"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aspirasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Memperkasa Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Masyarakat(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Maziahtusima Ishak ;Mohd Mursyid Arshad ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ismi Ariff Ismail ;Hayati Ismail ;Sakinah Ahmad ;Siti Rosilawati Ramlan ;Hazlina Abdullah ;Noor Saazai Mat SaadSarifah Nurhanum Syed SahuriPengenalan- Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup seorang individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Justeru, isu ini perlu diberikan perhatian. Objektif – Kertas ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun terutamanya dalam era pasca moden. Metodologi – Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Dapatan – Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab yang harus dijalankan oleh GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kepentingan – Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran dalam Pembelajaran Tahfiz dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ahmad Fauzi Mohd Ayub ;Norlizah Che Hassan ;Wan Marzuki Wan JaafarLukman Abd MutalibPembelajaran tahfiz ialah satu bentuk pembelajaran yang mencabar terutama dalam konteks aliran tahfiz ditawarkan bersekali dengan kurikulum arus perdana iaitu KSSM. Cabaran yang dihadapi murid dalam pembelajaran tahfiz boleh menjejaskan pencapaian hafazan dan mengganggu proses pembelajaran mereka. Oleh itu, sokongan daripada beberapa pihak sangat diperlukan bagi membantu murid tahfiz menghadapi cabaran tersebut. Selaras dengan realiti itu, maka kajian ini dijalankan untuk meneroka bentuk cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz yang berada di sekolah agama bantuan kerajaan terpilih di Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang ditentukan iaitu berkisar kepada penerokaan secara mendalam terhadap cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang terdiri daripada murid tahfiz yang telah melalui pembelajaran tahfiz sekurangkurangnya tiga tahun. Temu bual mendalam dijalankan terhadap peserta kajian yang melibatkan 11 orang murid tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran pembelajaran tahfiz yang dihadapi oleh murid iaitu cabaran persekitaran rumah, cabaran kesukaran menghafaz, cabaran gajet dan cabaran rakan sebaya. Seterusnya dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz iaitu sokongan guru, ibu bapa, rakan dan sekolah. Kajian ini memberi implikasi penting bahawa sokongan adalah aspek yang signifikan kepada murid tahfiz agar mereka mampu menghadapi cabaran dalam pembelajaran mereka. Pihak guru, ibu bapa, rakan sebaya dan pihak sekolah perlu berperanan sebagai sistem sokongan yang efisien bagi membantu pencapaian hafazan murid tahfiz khasnya dan pembelajaran akademik amnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Juvenile Delinquent Pupils' Perceptions On The Teaching Of Islamic Education: A Preliminary Study(Human Resource Management Academic Research Society, 2019) ;Asmawati Suhid ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Lukman Abdul MutalibAbd. Muhsin AhmadThe Islamic Education subject is compulsory for all Muslim pupils in Malaysia. Based on the concept of ‘Education for All’, pupils in the Integrity Schools in Malaysia are also given access to Islamic Education to ensure they are not neglected in the national education development. This is clearly stated in the National Education Philosophy. Therefore, as Malaysian citizens, the delinquent pupils have the right for a comprehensive education. Formal education in Integrity Schools for juvenile delinquents was established in 2008. The pupils are taught Islamic Education, similar to that taught within the national education system. Despite the fact the pupils are regarded as delinquents, they must still be taught and nurtured with Islamic values and morals so they can grow to become responsible individuals in the future. They are the generation that will inherit and shade the colours of the future society. Henceforth, this research seeks to study the perceptions of pupils from the Integrity Schools with regard to Islamic Education, particularly their interests towards it, and the impact it would have on how they practise Islamic values in their lives. Keywords: Islamic Education, Integrity School, Islamic Values, Moral Values - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Minat Murid Yang Mengikuti Aliran Tahfiz Dan Bentuk Sokongan Yang Diterima(Global Business Entreprenueurship, 2017) ;Norlizah Che Hassan ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ahmad Fauzi Mohd Ayub ;Lukman Abd MutalibWan Marzuki Wan JaafarPendidikan Aliran Tahfiz adalah antara aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Selaras dengan ini, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti profil murid yang mengikuti Tahfiz dengan meninjau minat murid dan sistem sokongan yang diterima terutamanya daripada pihak ibu bapa, sekolah dan guru. Seramai 411 orang murid Tahfiz dari empat buah sekolah menengah aliran tahfiz terlibat sebagai sampel kajian. Antara profil murid yang ditinjau ialah jantina, jumlah juzuk yang dihafal, pernah mengikuti ujian tilawah, minat terhadap Tahfiz dan bentuk sokongan. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa bentuk sokongan yang diterima daripada ibu bapa, sekolah dan guru. Kajian ini memberikan implikasi jelas bahawa pendidikan Tahfiz bukanlah suatu aliran yang mudah dan memerlukan penglibatan ibu bapa, sekolah dan guru yang boleh membantu murid-murid menghadapi pengajaran dan pembelajaran tahfiz mereka dengan baik. Kajian ini juga diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada semua pihak yang berkaitan. Tahfiz education streaming is gaining popularity among Malaysians today. In line with this, this study was conducted purposely to identify the profile of Tahfiz students by surveying the students' interest and support received mainly from their parents, schools and teachers. A total of 411 students from four medium Tahfiz schools involved in the study. Among the students’ profile surveyed is gender, the number of constituents who memorized, frequent number of exam recital, interest and form of supports. Findings of the study found there is some form of support from parents, schools and teachers. The study provides the clear implication that Tahfiz education is not a simple streaming and requires the involvement of parents, schools and teachers that can help students cope with tahfiz learning and perform well in their teaching and learning. This study also aims to provide useful information to all relevant parties. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Student Learning Engagement of Malaysian Tahfiz Students: A Qualitative Study(Penerbit UKM, 2023) ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ahmad Fauzi Mohd Ayub ;Norlizah Che Hassan ;Lukman Abd MutalibWan Marzuki Wan JaafarTahfiz learning is a challenging learning. It demands discipline, hard work and commitment from students. In Malaysia, tahfiz education is one of the mainstream educations offered and is in high demand among parents. Past studies showed that there was a problem in completing the Quranic memorization among tahfiz students. Furthermore, previous studies showed that studies on tahfiz were not focusing on the aspect of student learning engagement, so there is a need to explore such aspect. This qualitative study focused on the student learning engagement of tahfiz students. Specifically, this study aimed to explore the aspects of student learning engagement of tahfiz students. In-depth interview was the method of data collection used in this study. Twelve tahfiz students and six tahfiz teachers were involved as the research participants. Data found that there were three aspects of student learning engagement. Three aspects of student learning engagement are related to emotional, cognitive and behaviour aspects. The emotional aspect of student learning engagement comprised of the patience and interest of the tahfiz students in their learning. The cognitive aspect covered on the capability of determining goals that they wanted to achieve, able to plan their study time and depicting their diligence and focus in learning. Meanwhile the behaviour aspect of student learning engagement referred to students’ eagerness to participate in school activities that are in conform with their tahfiz learning. This study clearly stressed on some significant implications for tahfiz students, teachers and the school itself to focus on this learning engagement among students to assist their journey on tahfiz learning. The roles of parents, teachers and the students themselves were also emphasized in this study in order to promote tahfiz students learning engagement. Some recommendations for future research are also presented in this study. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahfiz Schools Entry Requirement And Characteristics Of Tahfiz Students(OCERINT Publishing, 2015) ;Norlizah Che Hassan ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ahmad Fauzi Mohd Ayub ;Lukman Abd MutalibWan Marzuki Wan JaafaTahfiz education is among the growing education that has gained attraction among Malaysians nowadays. The establishment of Tahfiz schools by government and private sector is a clear sign that Tahfiz education will start to fill mainstream education in Malaysia. In line with this, the study is conducted to explore the characteristics of Tahfiz students and to understand what the main criteria of admission for Tahfiz schools are. This article aims to review and analyze the criteria being used to select Tahfiz students. This study is a qualitative research and eight students from three Tahfiz schools were randomly selected as research respondents. The findings showed several important criteria for the admission to tahfiz schools. The entry requirement would require the applicants to go through several important interviews. Among the criteria evaluated by the interviewers are the ability to recite the Quran with correct pronunciation of tajweed, memorizing abilities, academic excellence, student interests and attitudes. The findings provided important implications that are important for Tahfiz schools to have a clear standard in selecting their students. This will help school and parents, especially in training and preparing their children for Tahfiz school entrance in order to produce more huffaz (those who memorize the entire Qur’an). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, 2021-06) ;Maziahtusima Ishak1, ;Mohd Mursyid Arshad2, ;Fathiyah Mohd Fakhruddin ;Ismi Ariff Ismail ;Hayati Ismail ;Sakinah Ahmad ;Siti Rosilawati Ramlan ;Hazlina Abdullah ;Noor Saazai Mat SaadSarifah Nurhanum Syed SahurSejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani dalam era pasca moden. Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.