Browsing by Author "Fatin Firzanah binti Amir"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keberkesanan Carian dan Semakan Hadith melalui Aplikasi dan Laman Sesawang dalam Kalangan Pelajar Pengajian Quran dan Sunnah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Anis Syakirah binti Zaini ;Siti Noraini binti Jamain ;Fatin Firzanah binti AmirSeiring kemajuan teknologi, segala carian dan semakan berkaitan hadith mampu diperoleh hanya menggunakan hujung jari. Namun, keberkesanan dan kesahihan dalam penggunaan aplikasi atas talian seringkali dilepas pandang, yang mana situasi ini mungkin menyebabkan longgarnya disiplin ilmu pelajar pengajian agama dalam mengambil dan menggunapakai hadith-hadith nabi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep semakan hadith dan mengkaji tahap penggunaannya dalam kalangan mahasiswa pengajian agama serta mengenalpasti keberkesanan dan kesahihan info berkaitan hadith yang dimuatkan di dalam aplikasi dan laman sesawang. Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif ialah secara kuantitatif melalui soal selidik kepada 85 orang responden terdiri daripada pelajar pengajian Quran dan Sunnah. Dapatan menunjukkan responden sering menggunakan aplikasi dan laman sesawang untuk menyemak sesebuah hadith kerana memudahkan, bahkan efektif untuk mereka kerana lebih menjimatkan masa. Konklusinya, aplikasi dan laman sesawang tersebut berkesan dan memudahkan, namun tidak dilupakan untuk merujuk sumber utama menggunakan kitab-kitab fizikal atau PDF secara atas talian.1 53