Browsing by Author "Fatin Nazmin Mansor"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tadabbur Al-quran: Implikasinya Dalam Meningkatkan Spiritual Pembaca Al-quran(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Rohana Zakaria ;Fatin Nazmin MansorKhairul Anuar MohamadAl-Quran adalah petunjuk yang benar ,cahaya dan peringatan bagi orang yang mengambil manfaat darinya. Sebagai umat Islam, kita seharusnya memahami dengan jelas bahawa al-Quran bukanlah sebuah kitab yang hanya dibaca, namun ia juga perlu difahami, ditadabburi dan dihayati dalam kehidupan seharian. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengupas makna tadabbur dan kepentingannya. Seterusnya membincangkan implikasi tadabbur al-Quran khususnya dalam meningkatkan spiritual pembaca al-Quran. Hasilnya membuktikan bahawa daripada proses tadabbur ini akan melahirkan seorang muslim yang berjiwa hamba. Jiwanya sebagai hamba Allah swt, sehingga dapat mencapai kekuatan spiritual yang paling unggul. Hatinya terasa hampir dengan Allah swt dan menjadi lebih tenang serta mendatangkan rasa rindu (wujdan) kepada keesaan dan kebesaran Tuhan. Semoga kertas kerja ini dapat menyumbang ke arah peningkatan memahami keutamaan dan kepentingan tadabbur al-Quran serta implikasinya, di samping kita dapat mengamalkan serta menghidupkan amalan tadabbur dalam setiap diri kita, sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt. Dan akhirnya melahirkan muslim yang unggul dan cemerlang kesan daripada ransangan al-Quran.