Browsing by Author "Gunardi, S."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Arak Dan Minuman-Minuman Yang Memabukkan Menurut Pandangan Ulama Empat Mazhab Dan Fatwa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018)Gunardi, S.Syariat Islam telah mengharamkan penggunaan arak sebagai minuman dan telah menetapkan hukuman hudud kepada pesalah. Isu permasalahan yang timbul adalah dengan adanya pelbagai jenis minuman selain arak pada masa kini yang juga boleh memabukkan baik dengan prosesnya secara mutlak seperti bir mahupun perubahannya secara semula jadi seperti perapan anggur. Isu tersebut telah dibahaskan oleh para ulama� fuqaha� 4 mazhab. Arak bukan sahaja minuman yang dihasilkan dari perahan buah anggur, malah para ulama� fuqaha� empat Mazhab juga mendefinisikan arak sebagai segala minuman yang memabukkan. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat antara mereka mengenai beberapa keadaan yang membolehkan sesuatu minuman itu dikategorikan sebagai arak. Mereka bersepakat dalam menetapkan 40 sebatan bagi hukuman had minum arak. Namun, Mazhab Hanafi berbeza dalam membahagikan hukuman had minum arak kepada dua iaitu hukuman had minum dan had mabuk. Selain itu juga, mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang syarat perbuatan minum itu bagi mensabitkan seseorang bersalah serta dihukum had minum arak. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi menjelaskan perbezaan pendapat tentang arak di kalangan empat mazhab Islam dan fatwa ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perwarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia Dalam Adat Perpatih : Satu Tinjauan Syarak(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Mochammad Sahid, M. ;Mas'ad Saleh, M. A. ;Nik Rahim Nik Wajis ;Gunardi, S. ;Abdul Majid, M. N. ;Tagaranao, M.Athirah Ramli, N.Dalam adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dalam menerima amalan ini di kalangan masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai satu amalan yang berdasarkan kepada pendekatan hukum wakaf keluarga (waqaf dzurri) dan ada juga yang menentangnya serta menganggapnya sebagai satu amalan yang bercanggah dengan hukum Islam dalam pembahagian warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara hukum adat dan hukum syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat sebagai harta pusaka yang diamalkan dalam adat perpatih. Cadangan sebagai jalan keluar bagi ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan pandangan di antara golongan yang tidak bersepakat sama ada ia dilarang ataupun dibenarkan dalam syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu hukum amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu, status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun tidak boleh diperjualbelikan.