Browsing by Author "H. Azmi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Portable Halal Food Device Detector(Universiti Sains Islam Malaysia, 13-01-04)H. AzmiDi Malaysia isu halal dan haram merupakan satu perkara sangat penting di dalam kehidupan harian yang mana mejoriti penduduk adalah beragama Islam. Salah satu isu halal dan haram yang perlu dititik beratkan adalah penyedian makanan. Pada masa sekarang, terdapat banyak makanan yang disediakan tanpa diketahui kandungan, sumber dan cara dihasilkan samada mengikut hukum syarak ataupun tidak. Di dalam projek ini, satu alat pengesan makanan halal boleh ubah akan dihasilkan bagi mengesan kadungan yang terdapat di dalam sesuatu makanan yang dijual. Alat ini berfungsi untuk mengesan kadungan bahan-bahan yang tidak halal di dalam sesuatu makanan itu. Contoh kandungan makanan yang tidak halal ialah makanan mengandungi campuran arak atau minyak babi. Di dalam projek ini terdapat tiga peringkat penyelidikan yang akan dijalankan. Pertama, rekabentuk produk, kedua, penyelidikan bahan makanan dan ketiga pengaturcaraan. Rekabentuk produk merujuk kepada ergonomik yang bersesuaian kepada pengguna. Akhir sekali pengaturcaraan pula akan menumpukan kepada pemprosesan data-data yang diperolehi dari kajian makanan bagi mengesan kandungan sesuatu makanan. Alat ini dihasilkan dengan saiz yang kecil bagi memudahkan pengguna menggunakannya