Browsing by Author "Hairol Anuar Mak Din"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Utama dalam Pembentukan Jati Diri Kesukarelawanan Belia Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-11-30) ;Mohd Mahadee Ismail ;Ku Hasnita Ku Samsu ;Yok Fee Lee ;Marzudi Md Yunus ;Khairol Anuar Kamri ;Hairol Anuar Mak Din ;Mohd Sabri Md Nor ;Zatul Himmah AdnanNur Shaqirah Md YunanAbstrak: Globalisasi, pemodenan dan kecanggihan teknologi terkini mengubah nilai dan norma masyarakat, menggugatkan tradisi kesukarelawanan dan menyebabkan skor indikator sukarelawan belia Malaysia telah menunjukkan penurunan. Apabila masyarakat menjadi lebih materialistik dan individualistik, semangat bantu-membantu, tradisi berkongsi dan semangat kesukarelawanan semakin meluntur. Kajian Penilaian Hasil Indeks Belia Malaysia 2019 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menunjukkan bahawa indikator sukarelawan, di bawah Domain Identiti, masih berada pada tahap sederhana dengan skor 60.93 peratus. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jati diri kesukarelawanan belia Malaysia melalui elemen dalaman dan luaran yang membawa implikasi signifikan terhadap karakter atau personaliti belia. Metodologi yang telah diaplikasi ialah Nominal Group Technique (NGT) yang dilaksanakan dalam kalangan 20 orang informan melibatkan pimpinan utama pertubuhan kesukarelawan di kawasan terpilih. Hasil kajian telah berjaya mengenalpasti elemen dalaman dan luaran yang menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri kesukarelawanan belia. Elemen dalaman utama yang telah diidentifikasi ialah minat yang mendalam, sikap sedia membantu, nilai jati diri, matlamat hidup, ihsan dan semangat kebersamaan. Sementara itu, elemen luaran yang banyak mempengaruhi pembentukan jati diri kesukarelawanan belia ialah peluang yang terbuka, dorongan keluarga, pengaruh rakan sebaya, faktor agama, pengembangan ilmu dan kerjaya, motivasi ekstrinsik, dan pengaruh media sosial. Berdasarkan kepada hasil kajian, kedua-dua elemen dalaman dan luaran mempunyai pengaruh tersendiri yang signifikan dalam proses pembentukan jati diri kesukarelawanan belia. Maka, kedua-dua elemen tersebut perlu diperkasa dalam usaha untuk terus memupuk dan mendorong golongan belia terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan yang akan membawa implikasi positif kepada prospek pembangunan masyarakat setempat. Abstract: Globalization, modernity, and advanced technology developments alter societal values and norms, eroding the tradition of volunteering and resulting in a fall in the volunteer indicator score among Malaysian youth. As society increasingly embraces materialism and individualism, the ethos of mutual assistance, the tradition of sharing, and the spirit of volunteerism diminish. The 2019 Malaysian Youth Index Results Evaluation Study conducted by the Malaysian Youth Development Research Institute indicates that the volunteer indication within the Identity Domain remains moderate, achieving a score of 60.93 percent. This article seeks to explore the aspects that affect the identity of Malaysian youth volunteering through internal and external elements that significantly impact their character or personality. The Nominal Group Technique (NGT) was implemented among 20 informants involving the critical leadership of volunteering organizations in selected localities. The study results have effectively identified internal and environmental factors that catalyze the formation of young volunteering identity. The primary internal components identified include profound curiosity, readiness to assist, self-esteem, life objectives, politeness, and camaraderie. External factors significantly impacting the development of youth volunteering identities include available possibilities, familial support, peer influence, religious considerations, knowledge and career advancement, extrinsic incentives, and social media influence. According to the study's findings, internal and external factors greatly impact how young people develop their identities as volunteers. Both of these components must be strengthened to continue nurturing and motivating the youth to actively participate in volunteer activities to impact the local community's growth prospects positively. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap Politik Urban Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Muhammad Shamshinor Abdul Azzis ;Afi Roshezry Abu BakarHairol Anuar Mak DinKajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenalpasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui rekabentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soalselidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini.5 38