Browsing by Author "Hairolhazim Mahmud"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kejatuhan Edaran Akhbar Arus Perdana Berbahasa Melayu: Kajian Kes Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo! Dan Harian Metro(Penerbit USIM, 2023) ;Hizral Tazzif Hisham ;Hairolhazim MahmudRoslee AhmadAudit Bureau Circulations (ABC) dalam laporannya berkaitan edaran akhbar di Malaysia menunjukkan bilangan jualan akhbar bahasa Melayu jatuh merudum. Contohnya Berita Harian mencatatkan kemerosotan jualan kepada 66,524 naskhah pada Januari 2019 berbanding 125,514 naskhah pada Januari 2014 manakala BH Ahad jatuh kepada 44,995 naskhah berbanding 156,835 naskhah pada tempoh yang sama. Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mencatatkan kejatuhan yang lebih teruk iaitu masing-masing jualan sebanyak 171,663 naskhah dan 360,919 naskhah pada Januari 2014 kepada 97,393 dan 199,154 (2018) sebelum syarikat itu gulung tikar pada 9 Oktober 2019. Institut Kajian Kewartawanan Reuters melalui Laporan Berita Digital 2022 menyatakan, tiada satu pun akhbar bercetak jualannya meningkat dalam tempoh lima tahun (2017- 2022). Tiada kajian khusus dilakukan berkaitan punca fenomena kejatuhan akhbar bahasa Melayu secara domino ini. Hakikatnya kejatuhan jualan akhbar bahasa Melayu sudah pun berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh lebih 10 tahun kebelakangan ini. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa Internet adalah faktor utama kepada kemerosotan dan kejatuhan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo!, Harian Metro dan Berita Harian sejak tahun 2014. Kejatuhan akhbar-akhbar ini memberikan impak yang sangat besar kepada ekonomi, penggunaan bahasa Melayu, pengaruh Islam, sosial dan politik serta kehilangan pekerjaan dalam kalangan pengamal media Syarikat terbabit. Trend ini dijangkakan berterusan dengan kepesatan IR4.0 dan rangkaian 5G yang diperluaskan ketika ini.