Browsing by Author "Hajar Binti Ahmad Hamdan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Asosiasi Antara Ketaasuban Media Sosial dengan Pencapaian Akademik Mahasiswa(Penerbit USIM, 2024) ;Putri Noor Ellysha Nasywa Binti Zulkefle ;Hajar Binti Ahmad Hamdan ;Assakinah Binti BaharudinSyed Najihuddin Syed HassanMedia sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita, terutama di kalangan mahasiswa yang hidup dalam dunia yang semakin terdigitalisasi. Penggunaan media sosial yang berlebihan dapat menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada teknologi dan media sosial sehingga menjadikan mereka taasub dan mengganggu tahap pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Masalah ini menjadi penting kerana media sosial semakin popular di kalangan mahasiswa dan terdapat kebimbangan bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan dapat memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik mahasiswa. Oleh itu, kajian ini akan membantu untuk mengenal pasti adakah terdapat asosiasi antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa di universiti tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik hubungan antara ketaasuban media sosial dengan pencapaian akademik mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada mahasiswa. Data diperolehi daripada60 responden yang secara aktif menggunakan media sosial. Dengan menggunakan kaedah ini, hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan responden kajian yang mengalami ketaasuban media sosial dan menjejaskan pencapaian akademik lebih tinggi berbanding daripada responden yang tidak mengalami ketaasuban media sosial. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan mahasiswa dan dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara ketaasuban media sosial dan pencapaian akademik mahasiswa.