Browsing by Author "Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesesuaian Kandungan Buku Iqra' Braille 1 Sebagai Permulaan Pengajaraan Al-Quran kepada Golongan OKU Penglihatan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Kauthar Abd Kadir ;Mahyuddin Bin Hashim ;Nurul Asiah Fasehah Bt Muhamad ;Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus ;Noornajihan binti Ja‟afarNur Badriah Binti OmarPengajaran dan pembelajaran al-Quran bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Justeru, kertas kerja ini akan membahaskan mengenai Iqra’ Braille yang telah ditranskripsikan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisa buku Iqra’ Braille 1 dari aspek isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Objektif kajian ini adalah 1) mengenalpasti kesesuaian isi kandungan Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, 2) mengenalpasti kesesuaian panduan dan aktiviti yang terdapat dalam Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, dan 3) mengkaji kesesuaian persembahan Iqra’ Braille 1 bagi golongan OKU penglihatan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan Iqra’ Braille 1 sesuai digunakan sebagai permulaan pengajaran al-Quran bagi OKU penglihatan dari sudut isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Iqra’ Braille 1 juga sangat membantu OKU penglihatan dalam mempelajari al-Quran. Namun begitu terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan bagi menyesuaikan penggunaan Iqra’ Braille 1 dengan keupayaan golongan OKU penglihatan. Para penyelidik masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji sudut kemampuan dan tempoh yang diambil oleh pelajar golongan OKU penglihatan dalam menghabiskan silibus pembelajaran Iqra’ Braille 1. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesesuaian Kandungan Buku Iqra' Braille 2 Kepada Golongan Oku Penglihatan Sebagai Asas Mempelajari Al-quran(Academic Inspired Network, 2019) ;Kauthar Abd Kadir ;Mahyuddin Hashim ;Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus ;Nurul Asiah Fasehah Bt Muhamad ;Noornajihan Binti Ja’afar ;Adnan Bin Mohamed YusofNur Badriah Binti OmarBraille adalah tulisan timbul (emboss) yang digunakan oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan untuk membaca, menulis dan sebagainya. Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu golongan ini dalam menuntut ilmu terutama dari segi pembelajaran al-Quran. Salah satu dari hasilnya adalah Iqra’ Braille yang telah ditranskripkan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian ini bertujuan mengetahui model Iqra’ Braille 2 berkesesuaian dengan golongan OKU penglihatan berdasarkan objektif berikut: 1) mengenalpasti kesesuaian isi kandungan Iqra’ Braille 2 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, 2) mengenalpasti kesesuaian panduan dan aktiviti yang terdapat dalam Iqra’ Braille 2 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, dan 3) mengkaji kesesuaian persembahan Iqra’ Braille 2 bagi golongan OKU penglihatan. Metode kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisa dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan Iqra’ Braille 2 sesuai digunakan sebagai asas mempelajari al-Quran bagi OKU penglihatan dari sudut isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Iqra’ Braille 2 juga sangat membantu OKU penglihatan dalam mempelajari al-Quran. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara dan perlu diambil berat agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Diharapkan melalui kajian ini dapat membantu penyelidik-penyelidik pada masa hadapan sebagai garis panduan bagi meneruskan kajian berkaitan dan dapat membuat penambahbaikan pada modul sedia ada. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الشورى والديمقراطية في ميزان ال ن ظام الحكم الإسلامي في تفسير المنار لمحمَّد رشيد رضا(USIM, 2013)Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus