Browsing by Author "Hasnizam Bin Hashim3"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prinsip Istiṣnāʿ Dalam Kitab Fiqh Turath Dan Pengapliksian Semasa: Analisis Perbandingan Dengan Tumpuan Terhadap Kitab Kanz Al-RᾹghibīn Karangan JalᾹl Al-Dīn Al-Maḥallī(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Faisal Bin Mohamed ;Siti Zaleha Binti Ibrahim ;Mualimin Mochammad SahidHasnizam Bin Hashim3Istiṣnāʿ merupakan salah satu prinsip muamalah yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan sumber-sumber hukum yang diiktiraf dalam Islam. Sebahagian instrumen-instrumen kewangan Islam dewasa kini adalah hasil pengaplikasian prinsip Istiṣnāʿ. Ulama-ulama silam seperti Jalāl al-Dīn al-Maḥallī tidak memperkatakan secara khusus mengenai pengaplikasian semasa prinsip-prinsip tersebut kerana ia adalah sesuatu yang baru dan tidak wujud pada zaman silam. Tetapi, secara asasnya, prinsip yang diaplikasikan telah pun dikemukakan oleh Jalāl al-Dīn al-Maḥallī dalam karya beliau khususnya kitab Kanz al-Rāghibīn. Namun begitu, terdapat perubahan antara prinsip muamalah yang diaplikasikan dalam instrumen-instrumen kewangan Islam dengan prinsip muamalah yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama tradisi seperti Jalāl al-Dīn al-Maḥallī walaupun mempunyai kerangka asas yang sama. Perubahan tersebut adalah disebabkan penambahan beberapa elemen yang baru dan pengubahsuaian struktur prinsip tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan antara prinsip Istiṣnāʿ yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama silam dengan tumpuan terhadap kitab Kanz al-Rāghibīn karangan Jalāl al-Dīn al-Maḥallī dan prinsip-prinsip muamalah dalam pengaplikasian semasa. Metodologi utama yang akan digunakan dalam kajian ini ialah ‘Content Analysis’.