Browsing by Author "Ismail, S.Z."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Mualaf Di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Abu Bakar, S.A.Ismail, S.Z.Statistik menunjukkan jumlah mualaf di Malaysia meningkat setiap tahun. Peningkatan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tiada satu sistem pengurusan yang sistematik dalam pengurusan bahan-bahan dan keperluan spiritual mualaf. Pengabaian dalam aspek keperluan mualaf akan mencetuskan konflik dan isu-isu lain. Di Malaysia, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan mualaf di peringkat negeri adalah Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam. Kedua-dua agensi ini akan menguruskan pendaftaran mualaf, menyediakan bantuan kewangan dan kebajikan melalui peruntukan zakat, dan menganjurkan kelas pengajian agama. Di samping itu, kewujudan agensi-agensi bukan kerajaan (NGOs) seperti PERKIM, MACMA, KIMMA, ABIM dan lain-lain turut memainkan peranan diperingkat negeri dan kebangsaan. Agensi-agensi ini menganjurkan kelas-kelas pengajian dan aktiviti-aktiviti lain diperingkat agensi masing-masing. Di Selangor, untuk menguruskan mualaf secara efektif, Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan kerjasama bersama lima agensi bukan kerajaan. Walaubagaimanapun, kerjasama seperti ini tidak berlaku di negeri-negeri lain. Artikel ini akan membincangkan situasi di negeri-negeri lain di Malaysia dalam aspek kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menguruskan mualaf.