Browsing by Author "Ismail Mohd Ali"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Kerangka Indikator Pemikiran Pelajar IPT dalam Pembelajaran dalam Talian(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Razimi Husin ;Bahbibi Rahmatullah ;Saripah Salbiah Syed Abdul Azziz ;Tajul Rosli Shuib ;Rozita Yahaya ;Abd Hakim MohadIsmail Mohd AliSebahagian daripada pelajar pengajian tinggi akan menghadiri kuliah bersemuka dan dalam talian. Bagaimanapun, kajian berkaitan menunjukkan 45 peratus pelajar masih berminat untuk belajar dalam talian. Penyelidikan oleh United Nations Children's Fund dan United Nations Population Fund mendapati 20% pelajar hilang minat untuk belajar disebabkan masalah yang dialami semasa pembelajaran dalam talian. Kurangnya motivasi untuk belajar akan menjejaskan pencapaian mereka. Keprihatinan terhadap perubahan persekitaran memberi kesan negatif kepada psikologi pelajar dari segi kognitif, tingkah laku, dan emosi. Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti indikator psikologi yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Pengajian Tinggi. Penyelidikan ini merupakan kajian yang menggunakan teknik perpustakaan dan tinjauan. Seramai 207 pelajar di negeri Perak dan Negeri Sembilan telah dipilih melalui persampelan rawak. Penyelidikan ini akan menghasilkan rangka kerja indikator psikologi dan pembelajaran yang mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam menggunakan kaedah pembelajaran teradun. Hasil daripada analisis Item Pemikiran menunjukkan bahawa, kesemua 12 indikator mendapat skor min yang tinggi iaitu melebihi 4 daripada 5 skala. Rangka kerja ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh badan pendidikan melalui tindakan susulan bagi memastikan sistem pendidikan yang disediakan berkualiti tinggi, memenuhi aspirasi negara ke arah menghasilkan penambahbaikan dalam aspek bersesuaian mengikut keperluan pelajar.