Browsing by Author "Jalal, B."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Pendaftaran Tanah Wakaf dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ab Ghani, S.Jalal, B.Kanun Tanah Negara (KTN)1965 merupakan undang-undang tanah utama negara yang digunapakai di atas semua jenis tanah termasuk tanah wakaf. Perkara ini memberi gambaran bahawa tanah wakaf Islam tidak boleh diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing walaupun tanah adalah hakmilik di bawah kerajaan Negeri tanpa merujuk kepada KTN. Justeru itu, pembangunan dan pentadbiran tanah wakaf di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan keterikatan dengan peruntukan-peruntukan tertentu dalam KTN. Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada aspek pendaftaran dan sejauh manakah peruntukan-peruntukan KTN yang secara langsung atau tidak langsung yang melibatkan tanah wakaf. Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan perlunya penambahkan baikan terhadap peruntukan-peruntukan dalam KTN yang terpakai ke atas pendaftaran tanah wakaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesedaran Amalan Wakaf dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Jalal, B. ;Ab Ghani, S. ;Ismail, A. S.Nordin, R.Dakwah Islamiah dalam Angkatan Tentera Malaysia telah bermula sejak penubuhannya pada tahun 1933 lagi dan terus di perkasa dengan penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) pada tahun 1985. Kertas ini membincangkan sejauh manakah tahap pengetahuan dan kesedaran tentang wakaf berdasarkan usaha-usaha dakwah dan pendidikan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia melalui program Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam Angkatan Tentera Malaysia atau DPMKI 9/91 yang telah diwartakan melalui Majlis Angkatan Tentera Malaysia sejak tahun 1991. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif serta analisis fapatan dengan menggunakan SPSS bagi menilai tahap pengetahuan dan kesiagaan kerohanian berdasarkan program yang telah dilaksanakan oleh KAGAT dan secara umumnya dapatan kajian meenunjukkan tahap pemhamanan serta pengamalan wakaf dalam kalangan anggota tentera masih di tahap yang rendah.