Browsing by Author "Jamal Rizal Bin Razali"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Faktor Demografi Terhadap Kesediaan E-Pembelajaran di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang(Penerbit USIM, 2024) ;Artika Rasul Bin Sulaiman ;Hasmadi Bin Hj. HassanJamal Rizal Bin RazaliKajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran, dengan fokus utama pada sikap terhadap penggunaan peranti digital, literasi digital, kualiti fasiliti teknologi dan akses teknologi. Kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan skala Likert lima mata untuk mengumpul data daripada 450 pelajar secara rawak dari populasi 6,851. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0, termasuk faktor-faktor demografi seperti jantina, usia, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik, lokasi kediaman, jarak ke sekolah, serta nama dan lokasi sekolah. Hasil kajian menunjukkan literasi digital pelajar adalah rendah (skor min 2.13) dan sikap terhadap peranti digital juga rendah (skor min 1.876). Penilaian terhadap fasiliti teknologi dan akses teknologi adalah sederhana, dengan skor min masing-masing 2.508 dan 2.530. Faktor-faktor seperti usia, jantina, nama sekolah, dan pendapatan keluarga turut mempengaruhi sikap dan literasi digital pelajar. Kajian mencadangkan strategi proaktif seperti pendidikan tambahan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran dan memperkasakan pendidikan yang lebih inklusif.4 16