Browsing by Author "Jill Sarjit G."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah: Satu Tinjauan Awal(Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional, 2019) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Aiedah Abdul Khalek ;Jill Sarjit G.Ahmad Tarmizi TalibNGO merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan, servis ataupun memantapkan sesuatu polisi awam. Masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program di tempat mereka. NGO-NGO ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. Mereka giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan mereka atau masyarakat lain yang bukan ahli. Kemudahan perhubungan menerusi internet dan media sosial seperti aplikasi whatsapp, facebook, telegram telah merancakkan lagi aktiviti yang dijalankan. Kajian terdahulu mendapati NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Namun persoalannya, apakah program-program anjuran NGO-NGO di Sabah ini turut menerapkan aspek perpaduan nasional yang menjadi asas kepada kerukunan dan kedamaian hidup dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kajian ini meneroka penglibatan NGO dalam menerapkan perpaduan nasional khususnya di Sabah melalui program yang dijalankan oleh NGO tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 30 responden menunjukkan bahawa NGO di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan.