Browsing by Author "John, A. A."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran dan Pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Faktor pengaruh persekitaran keatas sikap dan motivasi pelajar bukan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;John, A. A. ;Abu Bakar, A. R. ;Mat Nayan, L.Mohamed Rosli, N. E.-Z. H.Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) menjadi subjek wajib diduduki oleh semua pelajar diInstitut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bersama-sama dengan dua kursus yang lain iaitu Pengajian Malaysia dan juga Hubungan Etnik. Diuniversiti awam, subjek TITAS ini wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Diajar sepenuhnya menggunakan Bahasa Malayu, namun begitu beberapa pihak berkepentingan menyuarakan kebimbangan mereka yang mengatakan bahawa subjek TITAS ini tidak wajar dijadikan sebagai mata-pelajaran wajib diduduki oleh pelajar bukan Islam dan boleh mendatangkan masalah khususnya kepada mereka yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan diMalaysia. Ini adalah kerana bahasa pengantara dikebanyakkan sekolah diMalaysia adalah bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu dikalangan pelajar. Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor psikologi dan faktor kaedah pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, kajian ini akan dijalankan dengan mengambilkira latar-belakang pendidikan pelajar bukan Islam yang terdiri daripada sekolah kebangsaan ataupun sekolah vernakular. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana lingkungan keluarga individu mampu mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Kajian ini adalah penting khususnya kepada tenaga pengajar, khasnya pensyarah-pensyarah berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menduduki subjek TITAS dengan menggunapakai bahasa kedua iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.