Browsing by Author "Kauthar Abd. Kadir"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Imam Al-Dhahabi dalam Bidang Ilmu Rijal Al-Hadith(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Norhasnira Ibrahim ;Zainora DaudKauthar Abd. KadirImam al-Dhahabi merupakan seoramg ulama’ Islam yang unggul pada kurun ke-8 Hijrah dan dikenali sebagai pakar dalam bidang ilmu sejarah dan hadith. Namun begitu, hasil karyanya yang agung dalam bidang ilmu hadith telah membuatkan beliau lebih dikenali sebagai seorang ilmuwan hadith berbanding sejarawan. Beliau telah menghasilkan banyak penulisan berkisarkan ilmu Rijal al-Hadith yang merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang penting dalam pengajian ilmu hadith. Objektif kajian ini adalah untuk (i) memperkenalkan biografi ringkas Imam al-Dhahabi, dan untuk (ii) mengkaji sumbangan tokoh dalam bidang penulisan ilmu Rijal al-Hadith. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dan data kajian diperolehi daripada artikel jurnal, kertas kerja seminar, buku dan laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa salah satu sumbangan terbesar Imam al-Dhahabi dalam bidang ilmu Rijal al-Hadith ialah dengan menghasilkan kitab al-Kasyif fi Ma’rifah Man Lahu Riwayah fi al-Kutub al-Sittah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Syeikh Muhammad Said Bin Umar dalam Mentafsirkan Ayat Mutashabihat di dalam Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Kajian Analisa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Rabiah Abdul Rahman ;Kauthar Abd. KadirAbdulloh SalaehPerkembangan ilmu tafsir di Tanah Melayu bermula sejajar dengan kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu. Kajian ini memfokuskan mengenai metodologi Syeikh Muhammad Said Bin Umar dalam mentafsirkan ayat-ayat Mutashabihat dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kitab ini dikarang pada abad ke 19 iaitu pada tahun 1927 Masihi. Beliau adalah pengikut mazhab shafie dan mahir dalam Bahasa Arab. Kitab Tafsir Nur al-Ihsan merupakan salah satu rujukan utama Bahasa Melayu kepada masyarakat di Tanah Melayu di dalam memahami isi kandungan al-Quran. Proses pengumpulan data bagi kertas kerja ini akan menggunakan modul pengajaran dan dokumen-dokumen berkaitan dengan menggunakan method kajian induktif dalam menganalisa data. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa, Syeikh Muhammad Said Bin Umar mengaplikasikan metodologi tafsir berasaskan tafwidh dan ta’wil dalam mentafsirkan ayat-ayat mutashabihat.