Browsing by Author "Khadher Ahmad Ahmad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam(UniSZA, Kuala Terengganu, 2016) ;Khadher Ahmad Ahmad ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak ;Mohd Asmadi Yakob ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Farhan Md AriffinDelima (pomegranate) merupakan bahan perubatan semulajadi yang amat bernilai. Dalam amalan perubatan kuno (ancient healing benefits), delima berada pada senarai teratas disebabkan manfaat kegunaannya yang verstail. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan delima telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung delima. Merujuk hasil tinjauan literatur, pengkaji mendapati majoriti penyelidikan lepas mengenai delima didominasi oleh artikel jurnal sebanyak 85.5%. Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan delima kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada enam bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap delima meliputi bidang farmasi, sains pemakanan (food science), sains botani, bio-perubatan, bio-kimia dan mikrobiologi. Hanya satu bidang yang memfokuskan analisis berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies). Tambahan bidang pendidikan alam sekitar (flora) turut dimuatkan pengkaji bagi mengumpulkan hasil kajian yang bersifat data umum tentang tumbuhan termasuk delima. Justeru, usaha terkini para penyelidik dari Universiti Malaya melalui geran TRGS (TR001A-2014A) bertajuk �Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia� amat signifikan dalam perkembangan ilmu. Lanjutan kajian baru terhadap delima diharapkan menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia seluruhnya.