Browsing by Author "Khadijah Binti Muda"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama di Portal Berita Online Malaysiakini(USIM Press, 2023) ;Kamal Azmi Abd Rahman ;Ain Balkis Mohd Azam ;Sarjit Singh ;Abd Ha-kim Mohad ;Khadijah Binti MudaAdibah Binti SulaimanHak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi isu yang sering menjadi polemik bukan sahaja di peringkat negara namun antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat diperdebatkan di Malaysia termasuk isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyampaian berita ini turut membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Terdapat beberapa portal berita online yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB daripanya ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.com telah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; 1. Antarabangsa, 2. Dialog dan toleransi beragama, 3. Hak asasi manusia, 4. Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, 5. Hak penyebaran agama Islam, 6. Kalimah Allah, 7. Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, 8. Keluar masuk Islam, 9. Kenegaraan, 10. Kritik insittusi agama Islam, 11. Pemeliharaan tradisi Islam dan 12. Politik. Bagi menyeimbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang bersifat masalah atau isu, portal berita atas talian seperti Malaysiakini juga disarankan untuk menulis tentang sikap toleransi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Evaluating the Concept of Gender Equality in the Islamic Perspective and SDG: An Analysis(Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 2021) ;Nur Saadah Binti Hamisan @khair ;Khadijah Binti Muda ;Norzulaili Mohd GhazaliSuraya SintangIn 2015, United Nations (UN) has implemented 17 Sustainable Development Goals (SDGs), where the fifth goal aims to achieve gender equality and empower all women and girls all over the world. The efforts of promoting gender equality are not new, yet it is a continuous mission as a global concern from one generation to another. Islam is one of the religions which attempts to emphasize equality for all mankind. Unfortunately, there are claims that gender inequality and injustice are being justified in the name of Islam. Islamic texts are blamed for having deliberately encouraged gender bias and have shown a preference for males over females. The stereotype image of the female role is continuously portrayed as a symbol of the oppression of Muslim women, even though in the present-day women have been given other significant roles in society. Therefore, this study aims to remove any accusation that claims Islam is an unjust religion towards gender equality and analyse its value within the current context. Applying the qualitative design, this study collects and analyses related verses from the Quran and selected hadiths from six canonical books of hadith known as Kutub Sittah. As a result, the study found the similarity and differences on the concept of gender equality in SDG and the Islamic texts from the Quran and hadith. However, eliminating injustice and discrimination towards women should be significantly continued as a global and humanitarian mission. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi Moden(Penerbit USIM, 2022) ;Siti Nor Baya Binti Mat Yacob ;Siti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Binti MudaPengertian fast food adalah sebagaimana nama dan sebutannya, ia mewakili sifat dan ciri kecepatan, kepantasan serta berkaitan dengan ciri pengeluaran dan pembekalan makanan secara besar-besaran dalam masyarakat perindustrian yang berfungsi sebagai sistem berpusatkan kecekapan. Secara identiti dan realitinya, fast food dan juga slow food merupakan suatu pilihan kontras yang muncul dalam budaya makanan dan pemakanan serta cara hidup manusia pada abad ini. Tamadun manusia pada abad ini merupakan sebuah tamadun moden yang terinspirasi dan terbit daripada budaya fikir dan keilmuan yang berlaku di Eropah pada abad ke 18. Moden adalah projek pada era enlightenment yang lahir di Eropah bertujuan mengubah tamadun manusia secara keseluruhan. Hasrat modeniti adalah untuk berpaling terus daripada sifat tamadun traditional yang dianggap tidak progress, jumud dan ketinggalan. Ia membawa semangat perubahan yang bersifat progress secara relatif dalam semua bidang kehidupan dengan menjadikan ilmu sains dan teknologi sebagai sandaran kepada pembangunan yang bersifat maju ke hadapan. Makanan dalam kehidupan traditional merupakan keperluan harian, penghasilan makanan daripada kegiatan pertanian juga adalah bersifat self seffiency. Masyarakat traditional menikmati makanan dalam slow food mode, sumber makanan adalah hasil daripada tanaman ladang sendiri, dalam suasana tenang, sederhana, bersama keluarga, sesuai dengan sifat kehidupan pada masa itu yang tidak kelam kabut, tidak terkejar-kejar dan tidak cepat sebagaimana kehidupan moden hari ini. Selepas kita perlahan-lahan memasuki era moden yang ditandai oleh revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke 19, tamadun manusia berubah daripada suasana tenang menjadi semakin cepat, sibuk dan kacau bilau. Pergerakan kehidupan manusia moden seolah-oleh seperti ditolak oleh suatu semangat kepantasan luar biasa sehingga tidak sempat menoleh ke belakang kerana dalam semangat moden, yang dibelakang itu sifatnya adalah mundur, jumud, ketinggalan serta tentu sekali tidak maju. Sifat kepantasan ini menyerang ke segenap cabang kehidupan termasuk juga ke dalam aktiviti yang paling asas iaitu mengenai makanan dan pemakanan. Jika zaman traditional budaya pemakanan lebih dinikmati dalam suasana slow food, tetapi dalam zaman moden, fast food telah mengemudi sifat dan ciri gastronominya. Penulisan ringkas ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan latarbelakang di sebalik fast food dan slow food dalam susur galur sejarah gastronomi manusia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemahiran Membaris Dan Membaca Kitab Tafsir Al-quran Al-azim Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018) ;Rabiah Abdul Rahman ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria ;Siti Nor Baya Mat Yacob ;Siti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Binti MudaKemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab Tafsir al Quran al Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam memahami teks tafsir al Quran al Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab kitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syara hannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nor Baya Binti Mat Yacob ;Siti Azhani Binti ToharKhadijah Binti MudaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.