Browsing by Author "Khairul Anwar @ Johari Mastor"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Netnografi Masyarakat Pelbagai Etnik di Facebook Mengenai Kajian Kontrak Sosial(Penerbit UKM, 2022) ;Khadijah Muda ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Siti Nor Baya YacobKhairul Anwar @ Johari MastorMedia sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan pertelingkahan dalam masyarakat. Maka, satu kajian kualitatif telah dijalankan melalui kaedah netnografi yang bertujuan untuk meninjau realiti persepsi pengguna di media sosial terhadap kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada Informan yang merupakan pengguna media sosial yang memberi komen di setiap hantaran dalam halaman Facebook Kajian Kontrak Sosial. Dua jenis hantaran telah dibuat iaitu perkongsian formal dan tidak formal. Hasil dapatan menunjukkan penerimaan Informan majoritinya berbeza mengikut etnik, iaitu etnik Melayu lebih cenderung menerima atau bersikap lebih positif terhadap perbincangan mengenai kontrak sosial, manakala masyarakat bukan Melayu menerima dengan sikap bercampur baur serta lebih mudah beremosi terhadap perkara ini. Sikap tidak berpuas hati serta prejudis etnik bukan Melayu terpapar melalui respon atau tindak balas yang beremosi serta turut mengaitkannya dengan unsur politik perkauman. Lapan tema telah dihasilkan daripada analisis ini, iaitu i) sentimen perkauman, ii) ekonomi, iii) politik, iv) pengetahuan terhadap kontrak sosial, v) istilah kontrak sosial, vi) emosi terhadap kontrak sosial, vii) isu warganegara dan hak istimewa, viii) komen membina dan cadangan akan datang. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan etnik bukan Melayu kurang berpuas hati dengan istilah dan elemen-elemen kontrak sosial serta dikaitkan dengan sentimen politik, bangsa dan ekonomi. Walaupun ramai Informan yang dilihat menjawab dengan fakta, namun tidak dinafikan emosi banyak memberi kesan kepada penulisan Informan.