Browsing by Author "Khairul Anwar Johari Mastor"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan dan Pengesahan Instrumen Pengetahuan, Sikap dan Penghayatan Terhadap Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan(Universiti Putra Malaysia Press, 2023) ;Khadijah Muda ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Khairul Anwar Johari Mastor ;Nazri Muslim ;Fazilah IdrisSiti Nor Baya YacobUnsur tradisi merupakan isu sensitif yang boleh mendatangkan pertelingkahan antara kaum. Di media sosial, elemen unsur tradisi sering menjadi punca pergaduhan antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk memahami pengetahuan, sikap dan penghayatan masyarakat terhadap unsur tradisi. Namun, tiada skala pengukuran yang disahkan dan dapat digunakan untuk mengukur pengetahuan, sikap dan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap unsur tradisi. Maka, kajian ini akan membangunkan skala yang sah dan dapat digunakan untuk mengukur pengetahuan, sikap dan penghayatan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dijalankan secara keratan rentas terhadap 2389 responden melalui pensampelan berkelompok ke atas responden Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia, berusia 18 tahun dan ke atas. Instrumen soal selidik dibangunkan sendiri berdasarkan elemen unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan model KAP (knowledge, attitude and practices) dan disemak oleh pakar bidang sosiologi perlembagaan dan psikometrik. Seterusnya ujian rintis dijalankan sebanyak dua kali, dan etika penyelidikan diperoleh serta kajian sebenar dijalankan. Setelah selesai pengumpulan data melalui media sosial, pengesahan serta kebolehpercayaan konstruk dan item dilakukan menggunakan analisis Item Response Theory (IRT) dan Conformation Factor Analysis menggunakan perisian SPSS, Jamovi dan Amos. Hasil kajian menunjukkan 34 item bagi konstruk pengetahuan, sikap dan penghayatan sah dan dapat digunakan berdasarkan kepada kesahan dalaman ketiga-tiga konstruk (Cronbach α > .70). Namun beberapa item bagi konstruk sikap dan penghayatan perlu dibuang iaitu item-item yang mempunyai factor loading yang rendah. Implikasinya, item-item yang tinggal lebih mengukur dengan tepat dan tidak berlaku pertindihan antara item.