Browsing by Author "Khairul Asyraf Mohd Nathir"
Now showing 1 - 11 of 11
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gaya Bahasa Fasl wa Wasl Dalam Surah Al-Qiyamah(Universiti Malaysia Kelantan (UKM), 2020)Khairul Asyraf Mohd NathirKajian ini membincangkan gaya bahasa fasl wa wasl dalam surah al-Qiyāmah. Persoalan yang timbul adalah, bagaimanakah kedudukan fasl wa wasl pada surah yang menggambarkan satu bentuk peristiwa besar yang akan berlaku kelak iaitu kiamat? Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenalpasti bentuk dan tujuan fasl wa wasl dalam surah al-Qiyāmah dan merumuskan mesej tersirat melalui hubungkait antara perkataan dan ayat dalam surah tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan satu bentuk hubungan yang wujud tentang penceritaan dan perkhabaran hari kiamat yang terdapat dalam surah al-Qiyāmah. Untuk mencapai tujuan tersebut, satu bentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks ke atas perkataan dan ayat surah al-Qiyāmah telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan terdapat lima partikel ‘wāu’ ‘aṭaf dipertengahan ayat, dan 10 berada pada permulaan ayat. Daripada bilangan tersebut, terdapat lapan ayat yang mempunyai persamaan khabar dari sudut lafaz dan makna, manakala hanya dua ayat yang mempunyai persamaan dari sudut makna khabar dengan lafaz pertama ayat khabar dan keduanya ayat insya’. Dari konteks fasl pula, terdapat tiga bentuk proses fasl iaitu perkaitan sempurna, sebahagian perkaitan sempurna dan pemotongan sempurna tanpa kesamaran. Ketiga-tiga proses ini merangkumi pengukuhan, pengantian dan penjelasan, terbentuk disebabkan umum, khusus dan tidak bersebab, serta bentuk-bentuk ayat yang berbeza dari sudut lafaz dan makna antara khabar dan insya’ atau yang tiada kesesuaian makna dalam ayat. Justeru itu, kajian ini dapat merungkaikan keunikan mesej berkaitan situasi hari kiamat yang ingin disampaikan melalui proses fasl wa wasl dalam surah al-Qiyāmah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication I’jaz Bayaniy dan Perkembangan Kajian Menerusi Al-Qur’an(USIM Press, 2021-04) ;Khairul Asyraf Mohd NathirMohd Sukki OthmanThe Miracle of the Qur’an or I’jāz al-Qur’an is a form of knowledge that explains the greatness of the Qur’an in various forms of disciplines. One of the major discussion involves the use of language styles that include grammar, balāghah and linguistics. This study aims to examine the development of I’jaz Bayāniy in the study of the Qur’an based on the research of previous scholars. The approach through qualitative analysis from the past scholars is seen as one of the main methodologies of this study. The results of the study found that the use of the term I’jaz Bayāniy is not only focused on the bayān only, but also covers the ma’ani and badi ’. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Bahasa Sastera dalam Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing(Secholian Publication, 2023) ;Rosni Samah ;Aishah Isahak ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohamad Yazid Abdul Majid ;Mohd Adi Amzar Muhammad NawawiHishomudin AhmadPembelajaran bahasa Arab di Malaysia lebih menumpukan sudut kemahiran bahasa yang mempunyai sukatan berhubung dengan komunikasi. Buku teks mengemukakan tajuk-tajuk berhubung dengan komunikasi semasa. Petikan sastera kurang mendapat tempat di dalam sukatan tersebut yang menyebabkan pelajar tidak berminat dengan sastera Arab dan juga menganggapnya subjek yang sukar dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa English sebagai bahasa kedua atau asing, bahan sastera dimasukkan ke dalam sukatan bagi menarik minat pelajar dan membantu dalam penguasaan bahasa yang baik. Tujuan kajian ini ia lah melihat persepsi pelajar terhadap kepentingan bahan sastera dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data. Sampel dipilih daripada Kumpulan pelajar yang telah mengambil beberapa kursus sastera Arab. Dapatan kajian ini menunjukkan sampel kajian menyatakan kepentingan bahan sastera dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab untuk menyuntik minat dan motivasi belajar bahasa, serta membantu dalam penguasaan bahasa Arab dari sudut penguasaan kosa kata, frasa, gaya bahasa dan kefahaman dan templat bahasa untuk ungkapan. Kajian ini mencadangkan supaya dimasukkan bahan sastera dalam sukatan bahasa Arab untuk membantu pelajar dalam peningkatan kemahiran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Pembelajaran Kursus Wajib Program (WP) Secara Dalam Talian di Universiti Sains Islam Malaysia(AJOCS PUBLISHER, 2022) ;Azlan Shaiful Baharum ;Khairul Asyraf Mohd NathirMohamad Loqman IbrahimThis brief study aims to explore the effectiveness of students’ experiences towards online learning environment during the Covid-19 pandemic season specifically in the Linguistics course (BAL4083) in Semester 1 2021/2022. The study sample is 59 students. They are from year 3 students in Bachelor of Arabic Language and Communication (SMBAK). The data were collected through a questionnaire using the Microsoft Forms. The results of the study found that the students gained many benefits of learning the course, even though they faced many shortcomings and challenges. They tried their best to overcome disruptions in the online T&L process. The students hoped that they can continue their face-to-face learning as soon as possible despite following the new norms and Standard Operating Procedures (SOP) set by the government in the period of pandemic recently. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan dan Kebolehgunaan Applikasi E-I‘jāz dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab(Centre of Core Studies, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), 2023) ;Mohd Sukki Othman ;Muhd Zulkifli Ismail ;Mohamad HussinKhairul Asyraf Mohd Nathirembelajaran interaktif berbantukan teknologi maklumat menjadi pilihan dan alternatif dalam sistem pembelajaran masa kini. Lebih-lebih lagi ketika global dalam tempoh peralihan pandemik yang melanda dunia. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa antara faktor penyumbang kepada pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam kalangan pelajar bahasa Arab ialah kerana bahan sokongan yang kurang dan teknologi maklumat tidak dimanfaatkan secara optimum dalam pembelajaran. Sebagai usaha untuk menyumbang kepada penyelesaian masalah berkenaan, aplikasi E-I‘jāz direka bentuk dan dibangunkan dengan menjadikan kosa kata dari al-Quran sebagai teras modul. Model ADDIE yang sistematik, lengkap dan terarah dijadikan sebagai landasan untuk membangunkan E-I‘jāz. Modul yang dibina melalui setiap fasa pembinaan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Untuk menilai kebolehgunaan E-I‘jāz, soal selidik telah dilaksanakan terhadap 24 orang responden setelah mereka didedahkan kepada pembelajaran interaktif menggunakan E-I‘jāz sepanjang satu semester pengajian. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi setiap konstruk adalah tinggi. Responden memberikan tindak balas yang positif terhadap persembahan, isi kandungan, persembahan bahasa dan penerimaan terhadap E-I‘jāz. Ini menunjukkan bahawa aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Implikasi kajian ini menyumbang kepada keperluan membangunkan modul pedagogi berteraskan ICT yang boleh menjadi rujukan kepada pelajar, guru bahasa dan pemegang taruh dalam meningkatkan kompetensi pelajar bahasa Arab di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Perisian Atlas.ti 8 Dan Maktabah Syamilah Dalam Kajian Kualitatif Bahasa Arab(PIMM Experts Sdn Bhd, 2019) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Nik Farhan MustaphaWan Muhammad Wan SulongPenggunaan perisian yang melibatkan data berbentuk dokumen dan teks dalam bahasa Arab adalah terhad. Permasalahan ini timbul akibat kurangnya pendedahan selain dari kesukaran untuk mencari pakar yang dapat membantu secara langsung dalam pemilihan perisian yang khusus dengan reka bentuk dan bidang kajian. Dalam artikel ini, penulis akan memperkenalkan satu bentuk gabungan dua perisian iaitu ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah yang dapat membantu para pengguna menganalisis data berbentuk teks atau sumber menerusi medium bahasa Arab dalam bidang pengajian Islam. Penelitian ini dibuat berdasarkan banyak kajian berbentuk analisis kandungan yang dilakukan dengan menggunakan sistem coding secara tradisional dan manual. Hasil yang dikeluarkan dari artikel ini adalah satu bentuk proses penggunaan perisian ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah melalui kajian menerusi medium bahasa Arab. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa, perisian ATLAS.ti 8 dapat menyokong dokumen dan teks dalam bahasa Arab dengan tepat, namun terdapat kesukaran untuk mengeluarkan dapatan berbentuk laporan disebabkan perisian tersebut tidak dapat membaca susun atur huruf hija’iyyah dengan tepat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Sorof II (BAL1023) Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP): Satu Tinjauan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azlan Shaiful Baharum ;Khairul Asyraf Mohd NathirAmani NawiKajian ringkas ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar tentang pengalaman mereka dalam menghadapi susasana pembelajaran ketika musim PKPP. Fokus utama kepada subjek Sorof 2 (BAL 1023) pada Semester 2 2019/2020. Sampel kajian diambil daripada pelajar KBB1 dan KBB2 daripada pelajar tahun 1, Sarjana Muda Bahasa Arab Kesusasteraan Islam seramai 45 orang. Kaedah mendapatkan maklumat ialah melalui temubual maya menggunakan aplikasi WhatsApp. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar menghadapi banyak masalah ketika melalui proses pembelajaran dalam talian terutamanya masalah talian internet dan gangguan persekitaran, termasuk suasana pembelajaran yang tidak menyokong dan tanggungjawab di rumah. Diharapkan pandemik ini tidak berterusan supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran secara bersemuka di samping dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian selari dengan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Al-Quran Melalui Aplikasi Almaany Di Dalam Telefon Pintar(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2017) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Wan Muhammad Wan SulongNik Farhan Nik MustafaThe aim of this study is to investigate the perceptions of student in learning Qur’anic Language vocabulary towards the Almaany application in smart phone. This study involved 100 respondents from Arabic Language and Communication Programe, USIM. The sample was drawn randomly. The instrument of this study is a quantitative means, using a questionnaire containing 15 items related to the students’ perceptions in learning Qur’anic Language vocabulary towards the Almaany application. The questionnaire is based on three objective, namely features of application, Almaany application and Arabic vocabulary. Descriptive analysis was used to find the frequency, percentage, mean and standard deviation. Data was analysed using Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows version 20. Cronbach alpha reliability coefficient value for the instrument was ∝=0.882. The result shows that the overall perception of the student in leaning Qur’anic Language vocabulary towards the Almaany application is high. Keywords: Vocabulary, Qur’anic language, Almaany application, Arabic language dictionary. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pola Kajian Hari Kiamat: Sorotan 30 Tahun Literatur Secara Sistematik (1988-2018)(Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2020) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Nik Farhan MustaphaWan Muhammad Wan SulongKajian hari kiamat merupakan satu bentuk perkembangan ilmu tauhīdmengenai keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan hari kiamat. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini (1988-2018), terdapat 23 kajian yang telah dilakukan dalam dimensi yang berbeza dengan menfokuskan kepada tanda dan rahsia hari kiamat. Kajian tersebut dihasilkan sama ada berbentuk pengumpulan bahan, perbahasan dalam karya berbentuk kitab, kajian bagi memenuhi syarat memperoleh ijazah akademik dan artikel yang diterbitkan dalam jurnal atau kertas kerja seminar. Tujuan kajian ini adalah untuk menyoroti perkembangan kajian hari kiamat menerusi beberapa dimensi yang berbeza. Justeru itu, kajian kualitatif ini akan meninjau literatur kajian hari kiamat dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik ‘Systematic Literature Review(SLR)’ dengan bantuan program Atlas.ti 8. Analisis sistematik ini menfokuskan kepada latar belakang kajian, objektif kajian, reka bentuk yang digunakan dan dapatan hasil kajian tersebut. Dapatanyang diperolehi mendapati, kajian hari kiamat ini telah dipecahkan kepada tiga bentuk tema utama iaitu kajian berdasarkan al-Qur’an dan hadith, kajian melalui tatabahasa Arab dan kajian berbentuk penerokaan yang baharu iaitu melihat dari sudut pemahaman pelajar berkaitan hari kiamat. Daripada tiga tema tersebut, terdapat 12 sub-tema yang telah dikeluarkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terminologi Pembelahan (Syaqqa) berdasarkan Fenomena Kiamat dalam Al-Quran Menerusi Elemen Ma’ani(Penerbit USIM, 2023-04)Khairul Asyraf Mohd NathirKajian ini bertujuan untuk membincangkan terminologi pembelahan (syaqqa)berdasarkan fenomena kiamat dalam al-Quran menerusi elemen ma’ani.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti terminologi pembelahan (Syaqqa) dan fokus konteks pembelahan (syaqqa)berdasarkan fenomena kiamat dalam al-Quran menerusi elemen ma’ani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan ma’anioleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic Functional Linguistics(2004) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Pendekatan menerusi gabungan ma’ani oleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic Functional Linguistics (2004) ini memperlihatkan hubung kait antara ayat pembelahan (Syaqqa) dengan ilmu ma’ani serta kedudukan terminologi tersebut dalam konteks nahu. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an yang terkandung padanya terminologi pembelahan (syaqqa).Hasil penelitian awal, terdapat empat ayat dari tiga surah yang menjelaskan konsep pembelahan (Syaqqa) dalam al-Quran iaitu melalui perkataan tansaqqu(dalam bentuk fi’il mudari’)tasyaqqaqu,(dalam bentuk fi’il mudari’)syaqaqna (dalam bentuk fi’il madiy)dansyaqqa (dalam bentuk Masdar). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa konteks makna yang melibatkan terminologi pembelahan (Syaqqa)dalam al-Quran dan dua ayat sahaja berkait rapat dengan pembelahan (Syaqqa) yangmerujuk kepada fenomena saat kiamat berlaku iaitu melalui perkataan tansaqqu dan tasyaqqaqu. Kedua-dua ayat ini adalah merujukkepada situasi kehancuran bumi melalui pembelahan yang berlaku - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Variasi Perkataan Hari Kiamat Dalam Al Qur’an: Satu Tinjauan Umum(Global Academic Excellence, 2019) ;Khairul Asyraf Mohd Nathir ;Mohd Sukki Othman ;Wan Muhammad Wan SulongNik Farhan MustaphaVariasi perkataan al-Qur’an merupakan salah satu bentuk kemukjizatan yang tiada tolak bandingnya. Setiap variasi perkataan mempunyai perbezaan walaupun secara literalnya mempunyai makna yang sama, salah satunya adalah perkataan hari kiamat. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola variasi perkataan kiamat dalam al-Qur’an dengan membentuk kategori berdasarkan kekerapan penggunaan dalam al-Qur’an. Kajian kualitatif berbentuk analisis teks al-Qur’an ini akan menggunakan perisian ATLAS.ti 8 bagi memperolehi pola kekerapan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan, sebanyak 27 variasi perkataan hari kiamat ditemui dengan pecahan tiga kategori utama iaitu kekerapan tinggi, sederhana dan rendah manakala dari sudut pecahan pola pula, terdapat pola berulang dan pola statik yang merangkumi keseluruhan al-Qur’an.