Browsing by Author "Khairul Azhar Meerangani"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin di Malaysia Menurut Perspektif Akidah(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Khairul Azhar Meerangani ;Adam Badhrulhisham ;Abdul Qayuum Abdul RazakMohammad Fahmi Abdul HamidIslam mempunyai kedudukan yang istimewa di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, keistimewaan ini sama sekali tidak mengabaikan kepentingan bangsa dan agama lain sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Pasca PRU-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif, terutamanya berkaitan agama dan kaum. Maka, gagasan Rahmatan lil ‘Alamin (RLA) telah diperkenalkan sebagai suatu pendekatan dalam mengharmonikan kemajmukan masyarakat secara inklusif. Walau bagaimanapun, pemaknaan konsep rahmah yang masih kabur telah menimbulkan kekeliruan khususnya melibatkan interaksi Islam dengan agama-agama lain di Malaysia. Kajian bertujuan menganalisis pendekatan rahmatan lil ‘alamin di Malaysia berdasarkan perbahasan para sarjana akidah. Dapatan seterusnya dianalisis secara induktif dalam merangkumkan perspektif sebenar konsep ini selaras dengan prinsip akidah Islam. Pemahaman yang jelas dan penerimaan terhadap kedudukan istimewa Islam merupakan kunci utama dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Penerapan nilai rahmatan lil ‘alamin seharusnya dilaksanakan dengan menjadikan agenda mendaulatkan kedudukan Islam di Malaysia sebagai tema utama gagasan ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Inovasi D.O.M (Dissolution of Marriage) Smart Cycle dalam Meningkatkan Kefahaman Modul Pendidikan Islam 2 Sijil Kolej Komuniti(Penerbit UIS, 2021-04) ;Norhana Ahad ;Mohammad Fahmi Abdul Hamid ;Khairul Azhar MeeranganiAmran Abdul HalimModul Pendidikan Islam 2 (MPU 1331) merupakan subjek wajib bagi pelajar Kolej Komuniti Malaysia. Kandungan modul ini memfokuskan tentang aspek munakahat dalam Islam iaitu dari urusan awal pernikahan sehingga pembubaran perkahwinan. Topik pembubaran perkahwinan ini menunjukkan tahap penguasaan dan kefahaman yang berbeza kalangan pelajar. Ini kerana perbincangan di bahagian ini yang sarat dengan fakta khusus telah menyebabkan kurangnya penguasaan dan kefahaman di kalangan pelajar. Impaknya dapat dilihat pada peratusan yang rendah bagi hasil pembelajaran kursus (CLO) topik ini sekaligus menunjukkan kelemahan pelajar menguasai topik tersebut. Justeru, tujuan utama kajian ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan inovasi D.O.M (Dissolution Of Marriage) SMART CYCLE yang direka khusus sebagai alternatif alat bantu mengajar dalam membantu peningkatan kefahaman modul Pendidikan Islam 2. Menggunakan pendekatan kuantitatif, melalui edaran soal selidik kepada 75 orang pelajar yang mengambil modul Pendidikan Islam 2 di Kolej Komuniti terpilih. Seterusnya, analisis min dan korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan persepsi positif pelajar terhadap keberkesanan penggunaan inovasi D.O.M dengan skor min 4.76, selain daripada nilai hubungan signifikan antara kefahaman dan keberkesanan yang menjelaskan keberkesanan inovasi ini dalam meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik pembubaran perkahwinan dalam Modul Pendidikan Islam 2. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Strengthening Spiritual Practices among Community: Dhikr Activities in Negeri Sembilan, Malaysia(Faculty of Ushuluddin, UIN Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia., 2021) ;Mohammad Fahmi Abdul Hamid ;Khairul Azhar Meerangani ;Ishak Suliaman ;Mohd Farhan Md AriffinAmran Abdul HalimTarekat tasawuf has been established in Negeri Sembilan since 1900 and began to strengthen its existence in spiritual activities such as the implementation of zikr tarekat tasawuf activities among the local community. This article will highlight the impact of implementing the zikr activities tarekat tasawuf, which is implemented periodically on the spiritual strengthening of the community in Negeri Sembilan. A qualitative approach is used involving library studies, review of relevant documents, and interviews with the Registrar of Tarekat, Tasawuf Division of the Negeri Sembilan Mufti Department, and the Syeikh of the tarekat involved. Basically, there are 13 Sufi practice centers around Negeri Sembilan that conduct regular zikr activities that impact the community. The existence of tarekat practice centers in Negeri Sembilan has been plotted to see the distribution and centralization of tarekat centers. In addition, the form of zikr practiced in the zikr ceremony is also explained through a simple framework built. The results also showed that the Seremban district is the highest area with a tarekat practice center. Indirectly, the zikr activities, tarekat tasawuf, have provided space for the local community to engage in more systematic spiritual activities. The efforts implemented by the Sufi tarekat practice center in Negeri Sembilan are expected to be used as an example by other states in Malaysia so that the community is more interested in the Sufi tarekat zikr ceremony.