Browsing by Author "Latifah Abdul Latif"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Diari Syukur Sebagai Intervensi Kesejahteraan: Pengalaman Pelajar Kaunseling(Penerbit USIM, 2022) ;Dini Farhana Baharudin ;Latifah Abdul LatifArif Ainur RofiqSyukur adalah salah satu daripada amalan sifat mulia dalam Islam yang amat digalakkan. Dalam bidang psikologi positif, syukur atau gratitude dikaji sebagai satu perasaan atau emosi yang menyenangkan terhadap manfaat yang diperoleh. Namun, bersyukur juga dapat diintegrasikan dengan bidang kaunseling sebagai salah satu intervensi yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan seseorang individu klien. Banyak kajian lepas berkenaan sifat bersyukur ini menunjukkan kesan yang positif kepada kesejahteraan diri. Justeru, kajian ini bertujuan untuk: (1) meneroka pengalaman pelajar kaunseling yang telah menjalani intervensi diari syukur; dan (2) menilai pandangan pelajar tentang diari syukur sebagai satu intervensi yang boleh digunakan dalam kaunseling. Kajian ini menjalankan intervensi diari syukur selama empat minggu dengan pelajar kaunseling Tahun 3 dalam kursus yang diambil di salah sebuah universiti awam. Setelah tamat empat minggu, pelajar membuat refleksi tentang pengalaman mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, 59 diari syukur dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Tiga tema utama dikenal pasti bagi pengalaman yang dilalui seperti berikut: permulaan baru, perkongsian syukur, dan perubahan diri. Manakala dua tema bagi pandangan sebagai intervensi iaitu manfaat kepada klien dan kepada kaunselor. Hasil kajian mendapati bahawa berdasarkan pengalaman mereka, pelajar kaunseling melihat kepentingan komitmen berterusan apabila mengintegrasikan diari syukur dalam amalan seharian dan kaunseling. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan diari syukur bukan sahaja membantu pelajar kaunseling lebih sejahtera tetapi juga menukar pandangan mereka tentang potensi intervensi yang menggabungkan pendekatan Islami dengan kaunseling.