Browsing by Author "Latifah Mustafa"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kriteria Penginapan Dalam Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (phmm) Bagi Sektor Pelancongan Di Malaysia(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2022) ;Hisham Sabri ;Latifah Mustafa ;Khairil Faizal Khairi ;Mohamad Yazis Ali Basah ;Junaidah Abu SemanNazratul Aina Mohamad AnwarThe significant impact of tourism industry has made it one of dominant economic and social activities in Malaysia, which contribute to the increasing number of domestic and international tourists especially among the Muslim community. Thus, it is important for the industry to create the concept of Muslim Friendly Hospitality Services (MFHS) to cater this trend as an innovation in the tourism and hospitality sector in Malaysia. With the aim to explain the accommodation parameters in MFHS for the tourism sector based on the standard MS 2610:2015, this study uses the method of literature and text study. Furthermore, analysis of relevant documents, books and journals, articles, past studies are also referred to discuss the implementation framework of MS 2610: 2015 beside conducting interviews with experts in the industry related to the development of standard MS2610: 2015 to achieve the objectives of the study. Findings of this study found that there are still hospitality services that need to be strengthened to meet the MS 2610:2015 standard. Thus, this study has contributed by identifying the parameters of standardization in the implementation of MFHS in the tourism industry in Malaysia. Moreover, this study also clarified the concept of MFHS and the criteria measured for the tourism hospitality sector in Malaysia, which is expected to increase the credibility of an organization by applying noble values in management as well as driving the growth of Malaysia's halal tourism hub globally. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Dakwah Ke Arah Memperkasakan Pelancongan Islam Di Malaysia(Academic Inspired Network, 2022) ;Latifah Mustafa ;Hisham SabriJunaidah Abu SemanPelancongan adalah merupakan salah satu medium penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang Islamik contohnya dalam penyediaan premis, makanan dan minuman halal serta pakej pelancongan mesra Muslim. Di Malaysia, Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MS2610:2015) digunakan sebagai rujukan utama berkaitan prosedur pelaksanaan mesra Mulim. Standard ini telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia berdasarkan pandangan dan komentar dari pihak akademik dan industri. Walaupun begitu, terdapat sebahagian pemain industri tidak melaksanakan hospitaliti mesra Muslim disebabkan oleh penyelarasan polisi dan garis panduan yang kurang jelas. Matlamat kajian ini ialah untuk memahami standardasi perkhidmatan hospitaliti mesra Muslim di Malaysia dan meneroka pendekatan dakwah profesional bagi memperkasakan pelancongan Islam. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan iaitu melihat sumber-sumber daripada data sekunder dan dokumen berkaitan. Kajian ini membuat analisa berdasarkan lima komponen dakwah iaitu dacī (pendakwah), madcu (sasaran dakwah), madcu bihi (kandungan), qawacīd (kaedah) dan uslūb (pendekatan). Dapatan kajian menunjukkan bahawa standardasi mesra Muslim memberi impak positif ke arah pemerkasaan pelancongan Islam. Pihak berautoriti, badan pensijilan dan juruaudit berperanan sebagai dacī untuk menggalakkan pemain industri menawarkan produk dan perkhidmatan yang tidak bertentangan dengan prinsip Syariah. Signifikasinya, pelaksanaan PHMM dapat memenuhi keperluan pelancong Muslim terutamanya bagi penyediaan penginapan. Indikator-indikator standard mesra Muslim adalah meliputi aspek bilik mempunyai ruang solat yang mencukupi, verifikasi arah kiblat, penyediaan makanan dan minuman halal, tandas yang dilengkapi dengan bidet serta kemudahan fasiliti yang berasingan. Kesimpulannya, kriteria standard yang dipatuhi melayakkan sesebuah premis memperolehi pengiktirafan oleh badan pensijilan. Selain itu, integriti produk juga dapat dipelihara di samping mengukuhkan syiar dakwah dalam perkhidmatan pelancongan Islam. Oleh demikian, pensijilan itu penting dalam usaha untuk melonjakkan reputasi negara di peringkat dunia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MFHS) –MS2610:2015- Bagi Sektor Pelancongan Di Malaysia: Cabaran dan Prospek(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-23) ;Hisham Sabri ;Khairil Faizal Khairi ;Mohamad Yazis Ali Basah ;Junaidah Abu Seman ;Nazratul Aina Mohamad AnwarLatifah Mustafa - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Senaman Tua (St) Melayu: Kearifan Lokal Melayu Dalam Aspek Kesihatan Fizikal(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Ros Aiza Mohd MokhtarLatifah MustafaTamadun dan bangsa Melayu kaya dengan kesenian dan adat. Hal ini dapat diperhatikan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan, kematian, perubatan, kesihatan dan kaedah mempertahankan diri. Aspek kesenian dan adat juga dapat diperhatikan dalam Senaman Tua Melayu yang diperkenalkan oleh Azlan Ghanie yang kini mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya, tidak terkecuali dalam kalangan warga USIM. Justeru kajian ini bertujuan meneroka keunikan Senaman Tua Melayu sebagai sebuah kearifan lokal Melayu yang dipercayai boleh membantu meningkatkan kesihatan pengamalnya. Senaman Tua Melayu merupakan inovasi oleh Azlan Ghanie menggunakan pengamalan yang diwarisi daripada keluarganya dan pengamalan beliau dalam dunia seni mempertahankan diri. Ia merupakan sebahagian daripada Silat Keris Lok 9 yang turut diasaskan oleh Azlan Ghanie. Walaubagaimanapun, Senaman Tua diperkenalkan kepada masyarakat bagi memelihara dan meningkatkan kesihatan, manakala Silat Keris Lok 9 pula lebih menjurus kepada kaedah mempertahankan diri. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mana data kajian dikumpul melalui kaedah temu bual informan penting iaitu pengasas Senaman Tua sendiri diikuti dengan lima orang pengamal Senaman Tua yang telah mengamalkan senaman tersebut lebih daripada lima tahun secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan bahawa Senaman Tua Melayu mempunyai keunikan tersendiri iaitu kaya dengan adab dan petua orang Melayu terdahulu. Di samping merupakan latihan asas kepada pesilat Silat Keris Lok 9, Senaman Tua Melayu turut memperkenalkan gerakan berbentuk regangan badan yang menarik dan unik serta menekankan latihan yang memfokus kepada kekuatan dalaman. Justeru itu, kajian ini penting sebagai satu sumbangan untuk mengangkat martabat kearifan lokal yang wujud dan berkembang sebagai sebahagian daripada warisan budaya Melayu.