Browsing by Author "LubnaAbd Rahman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Strategi Pengajaran Kolokasi Bahasa Arab Berasaskan Teori Lewis: Panduan kepada Guru(Pusat Pengajian Teras KUIS, 2022) ;Amani Nawi ;Nurkhamimi ZainuddinLubnaAbd RahmanPengajaran kolokasi atau kosa kata bersifat gabungan (multiword) dalam pembelajaran bahasa Arab telah mendapat perhatian ramai pengkaji bahasa dan guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini adalah kerana terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa penguasaan terhadap fenomena perkataan ini memberi kesan terhadap kecekapan bahasa yang dipelajari khususnya terhadap keupayaan pelajar dalam kemahiran bertutur dan menulis. Walaubagaimanapun, penggunaan kolokasi bahasa Arab yang betul masih menjadisatu cabaran yang besar kepada pelajar, bahkan para guru juga tidak didedahkan dengan teknik dan strategi pengajaran kolokasi secara terperinci dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa strategi pengajaran kolokasi berdasarkan Teori dan prinsip Leksikal Lewis (2000). Pendekatan Leksikal ini sangat unik dan berbeza daripada pendekatan tradisional dalam pengajaran kosa kata kerana meraikan semua ciri perkataan tanpa memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tatabahasa sebagai syarat utama dalam menguasai bahasa asing. Terdapat lima strategi utama yang diketengahkan oleh Lewis untuk diadaptasi oleh para guru antaranya seperti: pengajaran secara langsung, penggunaan kamus dan korpus bahasa, memberi pendedahan yang banyak dan berulang dan lain-lain lagi. Kajian ini juga merangkumi beberapa aktiviti cadangan yang boleh diaplikasikan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membina kesedaran leksikal dalam kalangan pelajar.