Browsing by Author "Mahmooud Mohamed Ali"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembuktian Berasaskan Kesaksian Tunggal dan Sumpah Plantif Berkaitan Pengesahan Status Dokumen Tanah Adat(Penerbit USIM, 2022) ;Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib; ;Mualimin Mochammad Sahid ;Hasnizam Hashim ;Norma JusofMahmooud Mohamed AliPendakwaan yang sahih adalah pendakwaan yang disokong dengan keterangan yang kukuh dan dapat meyakinkan pihak mahkamah. Tanpa keterangan yang kukuh, pendakwaan tersebut tidak akan dilayan oleh hakim dan dianggap sebagai membazir masa pihak mahkamah. Dalam prinsip keterangan Islam, mahkamah akan memberi ruang secukupnya bagi mana-mana pihak pendakwaan mengemukakan mana-mana kaedah pembuktian asalkan ia diiktiraf syarak termasuklah melalui ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’. Dalam kitab-kitab fiqh, terdapat perselisihan di kalangan ulama mengenai penerimaan ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’ dalam pembuktian. Namun secara umumnya ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif’ boleh diterima dalam kes-kes berkaitan dengan mal termasuklah melibatkan pengesahan status dokumen tanah adat. Dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, terdapat peruntukan tentang penerimaan ‘kesaksian tunggal dan sumpah plantif berkaitan dengan mal’. Dalam kertas kerja ini akan membincangkan konsep pembuktian, konsep kesaksian, sumpah dan juga kebolehterimaan kesaksian tunggal dan sumpah plantif dalam kes-kes mal. Selain itu juga, kerja ini akan membincangkan secara ringkas mengenai penerimaan kesaksian tunggal dan sumpah plantif berkaitan penentuan status dokumen tanah adat.