Browsing by Author "Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebolehbacaan Buku Teks Maharat Al-Qiraah Berasaskan Ujian Kloz Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Aisyah SjahronyMaimun Aqsha Lubis Abdin LubisBuku teks merupakan salah satu bahan rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa asing yang penting selepas bahasa Inggeris. Pencapaian bahasa Arab pelajar di negara ini masih di tahap lemah. Antara faktor dikaitkan dengan isu kelemahan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah aras bahasa buku teks yang kurang sesuai dengan mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan menentukan tahap kebolehbacaan buku teks Maharat al-Qiraah yang dijadikan buku teks di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buku teks ini digunakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi subjek kemahiran bahasa Arab di universiti tersebut. Dalam mengukur tahap kebolehbacaan ujian Kloz dijalankan dalam kalangan pelajar dan melihat perbezaan skor ujian Kloz yang diperoleh dari aspek jantina pelajar, teksteks bacaan yang diuji dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir semester. Bagi mencapai objektif tersebut, satu tinjauan berupa ujian melalui satu set ujian Kloz telah dijalankan ke atas 162 orang pelajar. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dekskriptif. Hasil ujian yang dijalankan mendapati skor purata ujian Kloz bagi buku teks Maharat al-Qiraah adalah sebanyak 65% yang ditafsirkan masih berada pada tahap rendah, iaitu kurang sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Oleh itu pihak yang berwajib seharusnya mengambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan sebelum dijadikan bahan pembelajaran pelajar agar sesuai dengan tahap kemahiran bahasa pelajar tersebut.