Browsing by Author "Mardhiah Yahaya"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Elemen Tadabbur Al-quran Dalam Kalangan Pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2020) ;Rohana binti Zakaria ;Noorhafizah binti Mohd Haridi ;Mardhiah Yahaya ;Shaharuddin PangilunHayati binti HusinTadabbur al-Quran merupakan satu kewajipan yang digesa oleh Allah SWT kepada manusia. Bukan sekadar membaca dan menghafaz sahaja. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti dan menganalisis penerapan elemen tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz dalam proses menghafaz dan berinteraksi bersama al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif.Soal selidik digunakan sebagai metodologi penyelidikan dengan keseluruhan responden kajian di tiga Maahad Institut Tahfiz di Selangor (MITS). Kajian ini dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan elemen tadabbur dalam kalangan pelajar di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.69). Maka, bagi meningkatkan lagi proses penerapan elemen tadabbur di kalangan pelajar, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan penerapan elemen tadabbur agar isi kandungan al-Quran itu difahami,dihayati dan diamalkan seterusnya melahirkan hafiz dan hafizah yang cemerlang dunia dan akhirat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teknik Hafazan Al-Quran Pra Sekolah Menerusi Aplikasi Digital(e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI UIS, 2023) ;Safinah Ismail ;Nor Musliza Mustafa ;Syarul Azman Shaharuddin ;Mardhiah YahayaKhairul Syafiq RazaliPendidikan hafazan al-Quran yang menjadi salah satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan umat Islam kini. Pemeliharaan terhadap kesucian al-Quran akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan individu terhadap AllahSWT dan diterjemahkan melalui akal fikiran dan tindakan. Sehingga kini banyak teknik yang digunakan bagi tujuan pemeliharaan tersebut baik dari peringkat usia muda hingga dewasa. Oleh itu, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengkaji teknik hafazan al-Quran peringkat pra sekolahdalam aplikasi digital. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada sumber bertulis dan bercetak sedia ada seperti jurnal, tesis dan sebagainya. Dapatan kajian menemukan sebanyak 11 teknik hafazan al-Quran iaitu mendengar, mempelajari, membaca, menunjuk, memahami, memadan, melukis, menyebut, mengingati, serta mengulang dan menulis. Secara keseluruhannya, teknik hafazan inibersesuaian dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada masa yang sama, dapat membentuk generasi huffaz yang berkualiti dan berkemajuan mengikut peredaran zaman.