Browsing by Author "Mardhiah binti Yahaya"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Aplikasi Hafazan Al-quran Kanak-kanak dalam Platform Digital(Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), 2023) ;Ummu Umairah binti Sapiuddin ;Safinah binti Ismail ;Mardhiah binti Yahaya ;Nor Musliza binti Mustafa ;Syarul Azman bin ShaharuddinKhairul Syafiq bin RazaliSeiring dengan perkembangan pendidikan alaf ke-21 yang mementingkan penerapan digitaldalam pembelajaran, bidang tahfiz juga mengalami revolusi pembelajaran dimana penerapan teknologi digital multimedia terutamanya dalam bentuk aplikasi semakin luas digunakan dalam pembelajaran hafazan termasuk peringkat kanak-kanak.Namun begitu, kandungan aplikasi hafazan yang terdapat di platform digital semasa bersifat tidak mesra kanak-kanak dankurang sesuai dengan gaya pembelajaran kanak-kanak. Maka kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi-aplikasihafazan al-Quran kanak-kanak yang terdapat dalam platform digitalsemasa. Kajian ini menggunakan metodekualitatif berbentuk analisiskandungan iaitureka bentuk, kegunaandan elemen multimedia. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat beberapaaplikasi hafazan yang sangat bersesuaian dan memenuhi keperluan pembelajaran hafazanuntukkanak-kanak iaitu aplikasi Marbel Quran for Kids,aplikasi10 Surah For Kids Word By Word,aplikasi Muhafizul Quran, aplikasi Memorize Quran word by word for Kids, aplikasiBelajar Surat Pendek Bagian 2,Quran TreasureIsland danaplikasiHasanati: Quranic Mulim Kids. Diharapkan aplikasi-aplikasi di atas dapat dijadikan contoh dalam pembangunanaplikasi hafazan pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penggunadan memenuhi keperluan pembelajaran hafazan kanak-kanak.