Browsing by Author "Mariam Abd Majid"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Pendidikan Manhaj Rabbani menggunakan Analisis Kajian Literatur Bersistematik (SLR)(Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Anta, 2022) ;Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin ;Mariam Abd Majid ;Hamidun HusinKamal Azmi Abd RahmanKonsep pendidikan manhaj rabbani merupakan ciri paling utama bagi Islam kerana ia merujuk kepada sifat pengabdian diri kepada tuhan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran al-Karim. Kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan elemen pendidikan manhaj rabbani dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Prosedur yang dijalankan adalah melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) iaitu merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi karya ilmiah dan artikel yang diperolehi. Sebanyak 13 buah artikel dikenal pasti melalui kriteria yang ditetapkan iaitu tahun penerbitan terkini yang diambil bermula dari tahun 2016. Dapatan kajian menunjukkan elemen pendidikan manhaj Rabbani perlu disebar luaskan ke seluruh peringkat masyarakat dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat tertinggi, dari setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan, swasta mahupun secara persendirian. Elemen pendidikan rabbani diukur melalui peningkatan potensi dan kemahiran, pengaplikasian ilmu pengetahuan dan teknologi, pembinaan jiwa insan pendidik, pembudayaan amalan berguru dan pelaksanaan penyelidikan berterusan. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti secara empirikal bagi melihat keberkesanan elemen pendidikan manhaj Rabbani dapat dilaksanakan demi mengembalikan zaman kegemilangan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komponen dalam Pembangunan Model Kurikulum Agro Menurut Perspektif Islam(USIM Press, 2023) ;Muhammad Yusuf Marlon Abdullah ;Azrulkhakim Suradi ;Mariam Abd Majid ;Halim Mokhtar ;Fakhri Sungit ;Mardhiah Yahaya ;Suwaibah AffandyAbdul Haiy MahmodPertanian merupakan kerjaya yang memenuhi keperluan ekonomi negara mampu menyelesaikan keperluan masyarakat seperti bekalan daging, sayur-sayuran dan perkara-perkara yang melibatkan penternakan dan pertanian. Sebanyak 551 ayat atau bersamaan 8.8% dari keseluruhan al- Qur’an berkaitan dengan bidang agro. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar memakmur dan memajukan bumi ini termasuklah bidang agro. Kertas kerja ini ingin mengenal pasti komponen-komponen penting dalam membangunkan model kurikulum agro menurut perspektif Islam. Metodologikajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan tinjauan iaitu kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa antara komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro menurut perspektif Islam adalah pengurusan kandang, pengurusan induk/anak, pengurusan makanan, pengurusan penyakit/rawatan, pengurusan baja organik dan pengurusan pemasaran. Impak daripada kajian ini akan memberikan gambaran awal terhadap komponen-komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro daripada perspektif Islam yang boleh digabungkan dengan bidang lain seperti bidang tahfiz atau sains sosial untuk menaik taraf kehidupan masyarakat di Malaysia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komponen Kurikulum Agro Penternakan: Islam Satu Sorotan Literatur(Penerbit USIM, 2022) ;Azrulkhakim Bin Suradi ;Muhammad Yusuf Marlon Abdullah ;Mariam Abd Majid ;Fakhri Bin Sungit ;Halim Mokhtar ;Mardhiah Binti YahayaSuwaibah AffandySebanyak 551 ayat atau bersamaan 8.8% dari keseluruhan al-Qur’an berkaitan dengan bidang agro. Allah SWT memerintahkan manusia agar memakmur dan atau memajukan bumi ini termasuklah bidang agro. Artikel ini ingin mengenal pasti komponen-komponen penting dalam membangunkan model kurikulum agro menurut perspektif Islam. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan tinjauan literatur dan kaedah tinjauan iaitu temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa antara komponen penting dan membangunkan kurikulum agro penternakan menurut perspektif Islam adalah pengurusan kandang, pengurusan induk/anak, pengurusan makanan, pengurusan penyakit/rawatan, pengurusan baja organik dan pengurusan pemasaran. Impak daripada kajian ini akan memberikan gambaran awal tentang kepentingan ilmu dalam bidang agro kepada umat Islam supaya dapat melaksanakan konsep halal haram dalam Islam khususnya dalam bidang agro dan juga membuktikan bahawa agama Islam ini bersifat syumul dan praktikal.