Browsing by Author "Marina Munira Ab. Mutalib"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pemimpin Agama Kristian Terhadap Konsep Dan Amalan Toleransi Beragama Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Roslizawati Mohd Ramly ;Mashitah Sulaiman ;Marina Munira Ab. MutalibKhatijah OthmanToleransi beragama merupakan satu daripada nilai-nilai murni yang perlu difahami dan dipraktikkan bagi menjamin keharmonian hubungan masyarakat berbilang agama seperti dalam konteks negara Malaysia Namun begitu, sejak akhir-akhir ini banyak isu yang menyentuh sensitiviti orang Islam seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam dan isu hak orang Islam untuk murtad dipertikaikan dengan alasan hak kebebasan beragama. Ini menunjukkan bahawa pengertian tentang maksud toleransi beragama dalam konteks Malaysia masih kabur. Justeru, kajian ini cuba menghuraikan persepsi pemimpin agama Kristian berhubung konsep toleransi dan pengamalannya dalam konteks Malaysia. Bagi tujuan tersebut beberapa orang pemimpin gereja telah ditemubual. Data temumubual dianalisis dengan menggunakan kaedah analisa kandungan iaitu dengan mengenal pasti idea utama. Kajian mendapati bahawa para pemimpin Kristian melihat istilah toleransi beragama sebagai negatif. Kajian juga mendapati para informan juga berpandangan bahawa amalan toleransi beragama di Malaysia telah mendiskriminasi golongan bukan Islam.