Browsing by Author "Mastura Haji Abd Wahab"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Eka Aneka Vis-A-Vis Ṭawḥīd Al-Asmā’ Al-Ḥusna: An Analysis Of Uthaya Sankar’s View In His Malaiur Manikam(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mastura Haji Abd WahabWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliIn the religion studies, al-Asmā’ al-Ḥusnā refers to the beautiful names of God, which such phrase is never ascribed to His creations, but only unto Him alone, as prescribed in the notion of tawhīd. In Hinduism, the theological concept is addressed as eka aneka. Eka means one, while aneka means not one or many. Therefore, eka aneka means God in Hinduism is one but also aneka, which has many manifestations, incarnations, and different from the concept of tawḥīd in Islam. In 2015, Uthaya Sankar, a famous Hindu writer, claims that the Hindu concept of eka aneka is similar with the concept of al-Asmā’ al-Ḥusnā in Islam in his Malay language book titled Malaiur Manikam. Therefore, this research aims to investigate the intellectual background of Uthaya Sankar and his book Malaiur Manikam. Then this research intends to describe the concept of eka aneka as prescribed by Uthaya Sankar in his Malaiur Manikam and also to investigate Uthaya Sankar’s view of equalizing the concept of eka aneka with the concept of al-Asmā’ al-Husnā in Islam. This research applies the qualitative approach, namely content analysis method on the Malaiur Manikam text. This research found that the Hindu concept of eka aneka cannot be equalised with the concept of al-Asmā’ al-Ḥusnā in Islam. This is due to the fact that although Allah has 99 names, but Allah is one (tawḥīd) in His essence (dhāt), actions (afcāl) and names (asmā’), as well as does not incarnate into any forms or manifestations. On the contrary, even though the Hindu God is one, but it incarnates into various forms and manifestations. As a result, this finding can enlighten the Muslims and the non-Muslims on the concept of tawḥīd al-Asmā’ al-Husnā vis-a-vis eka aneka, and also evaluate Uthaya Sankar’s notion of equalising the Hindu concept of eka aneka with the concept al-Asmā’ al-Husnā in Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islam Sebagai Agama Persekutuan Dalam Kontrak Sosial Di Malaysia(2020-11-04) ;Mastura Haji Abd Wahab ;Khadijah MudaWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliSebagai sebuah negara berbilang bangsa, Malaysia mengamalkan amalan toleransi beragama. Namun, terdapat segelintir rakyatnya yang masih menimbulkan isu sensitif agama yang menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Walhal, sudah terdapat perjanjian sosial yang disepakati antara para pemimpin parti perikatan sewaktu menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini bertujuan bagi menghuraikan teori kontrak sosial menurut sarjana Barat, teori kontrak sosial menurut sarjana Malaysia serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa teori kontrak sosial telah lama diguna pakai oleh sarjana Barat terdahulu. Beberapa sarjana Barat mendefinisikan kontrak sosial sebagai suatu perjanjian atau keadaan secara semula jadi yang melibatkan individu yang mempunyai hak-hak terhadap hartanya dan rakyat yang hidup secara aman dan sejahtera bersama-sama. Kontrak sosial dalam konteks di Malaysia adalah pendapat dan hasrat bangsa masing-masing yang telah dikeluarkan bagi mencari persefahaman antara kaum agar dapat mewujudkan perasaan berbaik-baik dan hormat-menghormati antara hak masing-masing dalam bentuk kerjasama yang berkekalan. Seterusnya, perkara terpenting dalam kajian ini adalah mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang merupakan salah satu daripada empat unsur tradisi dalam kontrak sosial di Malaysia. Islam sebagai agama Persekutuan adalah berdasarkan Perkara 3 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dan diberi perlindungan di Malaysia. Oleh itu, sensitiviti perkauman perlu dielakkan dengan pemahaman yang mendalam ke atas kedudukan sebenar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Agama, Islam, Ilmu Dan Akhlak Oleh Syed Muhammad Naquib Al-attas Dalam Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak [Book Review](USIM Press, 2021-08) ;Mastura Haji Abd WahabWan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan RazaliNo abstract - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Tuhan Dan Agama Dalam Metafizik Stephen Hawking (1942-2018) Menerusi Brief Answers to The Big Questions: Suatu Analisis Dari Perspektif Islam(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliMastura Haji Abd WahabIlmu metafizik adalah salah satu cabang ilmu falsafah yang membincangkan mengenai perkara-perkara yang melangkaui alam fizik. Menurut Aristotle, ilmu metafizik adalah ilmu yang membahaskan tentang hakikat segala sesuatu perkara atau benda. Tajuk-tajuk berkaitan dengan tuhan dan agama ada dibincangkan dalam disiplin ilmu metafizik yang menggunakan logik akal dalam menanggapi setiap persoalannya. Pada tahun 2018, Stephen Hawking (1942-2018), seorang ahli falsafah fizik, matematik dan kosmologi yang terkenal daripada Universiti Cambridge, telah menerbitkan sebuah buku berjudul Brief Answers to the Big Questions. Dalam bukunya ini, Hawking menampilkan beberapa pendapat metafiziknya mengenai Tuhan dan agama seperti berikut: Tuhan itu tidak wujud, tiada sesuatu pun yang mencipta alam semesta, tiada sesuatu pun yang menentukan takdir manusia, kehidupan selepas mati tidak wujud, begitu juga tiadanya konsep syurga dan neraka. Buku Brief Answers to the Big Questions adalah sebuah buku yang membahaskan pelbagai persoalan campuran mengenai fizik dan metafizik. Buku ini membincangkan tentang konsep ketuhanan, agama, proses kejadian alam semesta dan banyak lagi. Oleh itu, makalah ini menganalisis perbahasan mengenai konsep Tuhan dan agama menurut Hawking daripada bab satu: Is There a God? dalam bukunya ini. Hasilnya, didapati bahawa Hawking menggunakan logik dan spekulasi akalnya untuk menolak kewujudan dan peranan Tuhan dalam penciptaan serta penguasaanNya ke atas setiap kejadian dan perjalanan alam. Manakala konsep agama pula ditanggapi Hawking sebagai sebuah ideologi yang dianuti oleh orang yang tidak memahami sains dan jahilkan ketinggian ilmu sains dalam menjelaskan semua fenomena yang berlaku dalam alam ini. Dapat dikatakan di sini, Hawking merupakan seorang ateis yang menganut fahaman naturalisme saintifik (scientific naturalism) yang menolak pembuktian berkaitan agama dan tuhan melainkan dengan bukti empirikal dan rasionalisme sahaja. Kesemua perbahasan yang dikemukakan oleh Hawking dalam bukunya ini telah dianalisis dari perspektif Islam dan disertakan dengan shawāhid atau justifikasi-justifikasi daripada ayat-ayat al-Quran, hadishadis Rasulullah saw dan pandangan para ulama dan ahli falsafah Islam muktabar.