Browsing by Author "Mat Nayan, L."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Literasi Dalam Memperolehi Hiburan Bermaklumat: Kajian Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Abd Rashid, N. ;Mat Nayan, L.Devarajoo, A.R.Pembangunan industri media dan penggunaan media berkembang dengan hebatnya di negara ini. Walaupun pembangunan ini menjadikan kehidupan kita lebih sofistikated, ia telah menimbulkan banyak perkara mengenai impak industri media ke atas masayarakat. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi media di kalangan remaja-remaja di Malaysia. Model literasi media telah digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan remaja yang berumur 15-17 tahun. Bagi mencapai tujuan tersebut temubual mendalam kumpulan fokus telah dipilih bagi memperolehi data yang diperlukan. Informan yang terlibat mewakili tiga kumpulan etnik yang utama. Media yang dikaji adalah televisyen, radio, akhbar, majalah dan Internet. Hasil kajian mendapati tahap literasi media di kalangan remaja di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Perbezaan juga berlaku di antara remaja yang tinggal di bandar dan mereka yang tinggal di luar bandar. Perbezaan ini adalah disebabkan mereka yang tinggal dibandar mempunyai kemudahan dan persekitaran kehidupan yang lebih baik. Mereka juga menikmati kehidupan sosial yang lebih baik, walau pun taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi. Dalam erti kata lain, remaja yang tinggal di bandar mempunyai tahap literasi media yang lebih baik berbanding remaja yang tinggal di luar bandar. Kajian ini menentukan bahawa terdapat keperluan untuk memperkenalkan satu subjek mengenai pendidikan media di sekolah-sekolah menengah di Malaysia agar remaja dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran literasi media yang sepatutnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran dan Pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Faktor pengaruh persekitaran keatas sikap dan motivasi pelajar bukan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;John, A. A. ;Abu Bakar, A. R. ;Mat Nayan, L.Mohamed Rosli, N. E.-Z. H.Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) menjadi subjek wajib diduduki oleh semua pelajar diInstitut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bersama-sama dengan dua kursus yang lain iaitu Pengajian Malaysia dan juga Hubungan Etnik. Diuniversiti awam, subjek TITAS ini wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Diajar sepenuhnya menggunakan Bahasa Malayu, namun begitu beberapa pihak berkepentingan menyuarakan kebimbangan mereka yang mengatakan bahawa subjek TITAS ini tidak wajar dijadikan sebagai mata-pelajaran wajib diduduki oleh pelajar bukan Islam dan boleh mendatangkan masalah khususnya kepada mereka yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan diMalaysia. Ini adalah kerana bahasa pengantara dikebanyakkan sekolah diMalaysia adalah bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu dikalangan pelajar. Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor psikologi dan faktor kaedah pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, kajian ini akan dijalankan dengan mengambilkira latar-belakang pendidikan pelajar bukan Islam yang terdiri daripada sekolah kebangsaan ataupun sekolah vernakular. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana lingkungan keluarga individu mampu mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Kajian ini adalah penting khususnya kepada tenaga pengajar, khasnya pensyarah-pensyarah berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menduduki subjek TITAS dengan menggunapakai bahasa kedua iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Perception of Reading Online News among University Students in Sub-Urban Area(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mat Nayan, L. ;Othman, S. S. ;Tiong, L. K.Nik Hasan, N. N.In studying Internet, we need to take account for differences in places. This is because the Internet affords to show different patterns in which people in different types of places access and use the Internet. Meanwhile, many current studies proved that the Internet is changing the behavior of news readers. Instead of reading a copy of the local newspaper or watching the scheduled evening news, people increasingly turn to the Internet for daily news and this trend also included university students as one of the increasing readers. Therefore, we seek to explore how university students in suburban area differ in terms of the ways in which they read news, their levels of access to the Internet and the purpose of read online news. Findings suggested that few criteria must be considered in order to produce better online news in future.