Browsing by Author "Mawaddah Abd Manan"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Elemen Kerjasama Dalam Kehidupan Berkeluarga Menerusi Ayat 71, Surah Al Taubah(Penerbit USIM, 2023) ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Robiatul Adawiyah MohdMawaddah Abd MananSaling bekerjasama adalah tunnjang kepada keharmonian sesebuah kehidupan berkeluarga. Kerangka asas kerjasama bagi sesebuah masyarakat dan kehidupan disebut dalam al-Quran menerusi ayat 71, surah al-Taubah. Menerusi ayat ini pasangan suami isteri boleh mengambil pendekatan untuk mewujudkan dan memperkasakan kerjasama sesama mereka dalam melayari kehidupan berumahtangga. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas elemen kerjasama menerusi ayat 71, surah al-Taubah agar ia boleh dijadikan sebagai panduan yang lengkap bagi suami dan isteri untuk mengemudi kehidupan berumahtangga .Objektif kajian adalah untuk meneroka makna kontektual kerjasama antara suami dan isteri dengan menelusuri aspek bahasa dan pendekatan mufassir bagi ayat 71, Surah al-Taubah ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian merumuskan bahawa penggabungan jumlah ismiyah dan jumlah fi’liyah pada ayat 71, Surah al-Taubah bermaksud proses menggapai kebahagian dan keharmonian adalah proses berterusan dan perlu sentiasa diperbaharui. Justeru, kerukunan hidup berkeluarga boleh dicapai dengan syarat suami dan isteri konsisten menerapkan elemen-elemen kehidupan harmoni sesama mukmin yang disebut menerusi ayat 71, Surah al-Taubah. Ia menuntut agar sepasang suami isteri sentiasa berkasih sayang kerana Allah. Suami hendaklah sentiasa bertindak sebagai pelindung kepada isteri dengan menyayanginya, menafkahinya, menunjukkannya jalan kebaikan dan menegur kesalahannya sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Makna Kontekstual Hadis Peranan Ibu Terhadap Pembentukan Spiritual Anak Berdasarkan Hadis Sahih Al-Bukhari(USIM Press, 2023) ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Mawaddah Abd Manan ;Zulhilmi Mohamed Nor ;Robiatul Adawiyah Mohd @ AmatNadzrah AhmadThe disregard for the spiritual dimension of children, particularly within the contemporary technological era, contributes significantly to the erosion of ethical values within familial domains. Therefore, the spiritual formation of children must be emphasized by parents, with a particular emphasis on mothers, who occupy the most proximate role in their children's lives. The exemplary source of spiritual formation is the teachings of Prophet Muhammad (PBUH), as he is the best example to follow in family life. Thus, this study aims to extract hadiths from Sahih al-Bukhari regarding the role of mothers in shaping the spiritual development of children. The extracted hadiths will be analyzed to identify the contextual meanings of these hadiths. This study employed the qualitative method based on the text analysis approach using the extraction of hadiths related to the role of mothers from Sahih al-Bukhari, applying the Theory of Semantic Fields (SFT) for the term "umm" (mother). This theory is applied to identify hadiths related to the role of mothers based on the term "umm" and its synonyms, antonyms, hypernyms, and meronyms. The result of the study shows a total of 5 hadiths directly related to the spiritual formation of children. These 5 hadiths encompass aspects of instilling faith, adopting an approach to train children in performing worship, and praying for children. In conclusion, spiritual formation within children, guided by the hadiths of the Prophet Muhammad, peace be upon him, serves as a comprehensive guide to shaping their character and nurturing them into pious individuals. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Makna Kontekstual Hadis Sahih al-Bukhariy Terhadap Peranan Ibu Dalam Pembentukan Akhlak Anak(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-06-01) ;Mawaddah Abd Manan ;Norzulaili Mohd GhazaliZulhilmi Mohd NorMother plays a significant role in a child's life. A mother's behaviour influences the formation of a child's character. In line with this position, the Prophet Muhammad (SAW), through his hadiths, has explained the ways to educate and shape children's morality. However, in applying a hadith, it is necessary to understand its contextual meaning and not just its textual meaning. Therefore, this study aims to explain the contextual meaning of the hadiths on the mother's role in shaping children's morality through selected hadiths from Sahih al-Bukhariy. The objectives of this study are to identify the hadiths regarding the mother's role in shaping children's morality in Sahih al-Bukhariy and to analyze the contextual meaning of these hadiths. This study employs a qualitative research method using document analysis. It applies the Semantic Fields Theory to extract the hadiths about the mother's role in shaping children's morality from Sahih al-Bukhariy. In examining the contextual meaning of the hadiths, the study divides the analysis into two parts: linguistic analysis and istinbat analysis. The results of the study identify 5 hadiths on the mother's role in shaping children's morality and 5 specific roles of the mother based on the contextual meaning of the hadiths. These five roles are preventing children from torturing animals to death, preventing children from going out at dusk, and training children in Islamic etiquette such as giving greetings, table manners, and household-related matters. By identifying the mother's roles based on the contextual meaning, this study reinforces the relevance of applying hadiths in the current context. AbstrakIbu memiliki peranan yang besar dalam kehidupan anak. Perilaku ibu mempengaruhi pembentukan karakter seorang anak. Bersesuaian dengan kedudukan ini, Nabi Muhammad SAW menerusi hadis Baginda telah menjelaskan cara mendidik dan membentuk akhlak anak-anak. Walau bagaimanapun, dalam mengaplikasi sesebuah hadis, ia perlu difahami makna kontekstual hadis tersebut dan ia tidak hanya difahami secara tekstual. Justeru, kajian ini akan menjelaskan makna kontekstual hadis peranan ibu terhadap pembentukan akhlak anak menerusi hadis-hadis terpilih daripada Sahih al-Bukhariy. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti hadis peranan ibu dalam pembentukan akhlak anak dalam Sahih al-Bukhariy dan menganalisis makna kontekstual hadis peranan ibu terhadap pembentukan akhlak anak. Metode kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Kajian ini mengaplikasi Teori Medan Makna untuk mengekstrak hadis peranan ibu terhadap pembentukan akhlak anak daripada Sahih al-Bukhariy. Dalam meneliti makna kontekstual hadis, kajian ini membahagikan kepada dua bahagian analisis iaitu analisis dari sudut bahasa dan analisis dari sudut istinbat. Hasil kajian mendapati sebanyak 5 hadis peranan ibu terhadap pembentukan akhlak anak dan 5 peranan ibu yang dapat dikenalpasti menerusi analisis makna kontekstual hadis yang dilakukan. Lima peranan ibu tersebut ialah menahan anak daripada menyeksa binatang untuk dibunuh, menahan anak daripada keluar waktu senja serta melatih anak adab syariah seperti memberi salam, adab makan dan hal yang melibatkan rumahtangga anak. Menerusi pengenalpasti peranan ibu berdasarkan makna kontekstual, kajian ini menguatkan relevansi sesebuah hadis untuk diaplikasi dalam konteks semasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Peranan Ibu Terhadap Pembentukan Spiritual Anak Berdasarkan Hadis Sahih Al-Bukhari(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Mawaddah Abd Manan ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Zulhilmi Mohd NorRobiatulAdawiyah MohdPembentukan spiritual anak adalah dasar pembinaan jati diri yang perlu diterapkan ketika anak masih kecil. Kemasukan unsur luar disebabkan ketidakbatasan penggunaan internet pada hari ini menatijahkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Hal ini berlaku kerana kerapuhan sahsiah diri dan penerapan spiritual yang lemah dalam kalangan ahli keluarga. Justeru, ia menjadi cabaran dan tanggungjawab kepada institusi kekeluargaan terutamanya ibu untuk memantapkan spiritual anak seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengekstrak hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan peranan ibu dalam membentuk spiritual terhadap anak dan menjelaskan temanya berdasarkan pemahaman hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis tematik induktif. Bagi tujuan pengekstrakan hadis, kajian ini menggunakan Teori Medan Makna (SFT) bagi perkataan mar’ah. Hadis-hadis yang terpilih akan ditakhrij untuk melihat maksud hadis dalam skop yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu berperanan melakukan penyerahan dan kepercayaan, menyemai akidah serta melatih anak melakukan ibadah. Tuntasnya, pembentukan spiritual dalam diri anak-anak berpandukan hadis Nabi SAW dapat memantapkan jiwa anak seterusnya menjadikan mereka insan yang bertakwa dan memiliki jati diri. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Household Management Guidelines After Covid 19 Based on the Sunnah Perspective(Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, 2022) ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Robiatul Adawiyah Mohd ;Nadzrah AhmadMawaddah Abd MananThe transmission of Covid-19 at the end of 2019 startled the whole world. This pandemic changes the way and the pattern of life in each country. It has a direct impact on household management, since there are challenges resulting from each family members presence due to the Movement Control Order (MCO). This situation places pressure on women, specifically women who are in the workforce. Therefore, this paper will extract and gather the hadiths that can be used as a guide for household management based on the Sunnah perspective in facing the post-pandemic challenges of Covid-19. The research methodology applied in this article is qualitative approach by analysing hadiths of maqbul level (accepted). The findings of the study demonstrate that the guidance taught by the Prophet PBUH in household management is a significant approach to be practiced. It provides a clear concept of the role of wife and husband in household management. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Makanan Sunnah(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Zulhilmi Mohd Nor ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Robiatul Adawiyah Mohd@AmatMawaddah Abd MananMakanan sunnah bukanlah istilah asing bagi masyarakat Islam di Malaysia. Penggunaan istilah tersebut sangat popular bagi mendapatkan makanan yang sihat. Hal ini seperti yang dibuktikan oleh kajian saintifik bahawa ia mendatangkan banyak manfaat kepada tubuh badan dan juga sebagai benteng terhadap sesuatu penyakit. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep makanan sunnah malah menyempitkan konsep ini. Selain itu, terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan keuntungan walhal makanan atau produk yang dihasilkan tidak menepati prinsip dan kriteria makanan yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah konsep sebenar makanan sunnah dan bagaimana untuk mengenalinya berdasarkan kajian-kajian lepas. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menfokuskan pengertian makanan sunnah dan elemen-elemen makanan sunnah. Dalam pada itu, kajian ini menggunakan kaedah literature reviewdalam menganalisis kajian-kajian bertulis seperti artikel dan buku. Hasil kajian mendapati definisi makanan sunnah yang diberikan banyak merujuk kepada makanan yang kriterianya disebut dalam al-Quran atau hadis. Kajian juga menemui bahawa makanansunnah juga tidak hanya tertumpu pada makanan sahaja tetapi ia merangkumi cara dan adab pemakanan. Oleh itu, setiap idea yang diketengah dalam kajian ini diharap memberi manfaat kepada pembaca dalam pengambilan makanan yang baik dan menghindari makanan sebaliknya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Ta’awun Dalam Pengurusan Rumahtangga Berdasarkan Perspektif Hadis(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Robiatul Adawiyah Mohd ;Mesbahul HoqueMawaddah Abd MananMelayari kehidupan rumahtangga bukanlah semudah yang dijangkakan. Barangkali pelbagai onak dan duri yang akan ditempuhi sepanjang melayari bahtera kehidupan bersama suami isteri. Justeru, bagi memastikan objektif perkahwinan yang inginkan mawaddah dan sakinah, konsep ta’awun amat perlu diberi penekanan. Kertas kerja ini akan mengupas konsep ta’awun dalam rumahtangga sebagaimana yang telah disebut oleh Nabi SAW. Kertas kerja ini akan mengekstrak dan menghimpunkan semua hadis berkaitan dengan ta’awunsecara umum. Pengektrakan hadis ini akan memberi tumpuan kepada lafazta’awunyang terdapat dalam hadis. Pengekstrakan ini akan menggunakan kata kunci perkataan عاون. Seterusnya kupasan dan penjelasan bagi hadis-hadis yang telah diekstrak akan dijadikan sebagai asas dalam merangka konsep ta’awundalam kehidupan berumahtangga. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep ta’awunberdasarkan pendekatan nabi SAW adalah wajar diterapkan dalam kehidupan berumahtangga kerana konsep ta’awunini meliputi dimensi yang luas bukan sahaja terhaskepada kerjasama dalam pengurusan rumahtangga tetapi ia melibatkan ta’wun dalam pengurusan emosi dan perasaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Source of Enhancing Mothers’ Role in The Light of Hadiths Sahih al-Bukhari(IAIN Bukittinggi , Indonesia, 2023) ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Mesbahul Hoque ;Mawaddah Abd MananRobiatul Adawiyah Mohd @ AmatIslamic interpretation stabilize the mothers as one of the primary individuals directly responsible for managing their children's lives. However, studies have indicated a concerning decline in the institution of the family, which significantly impacts children's well-being. Furthermore, the demands of contemporary careers often lead to the neglect of mothers' parental responsibilities towards their children. Addressing this crucial issue calls for empowering the role of mothers, this study aims to explore the aspects that require attention and improvement from mothers as they fulfill their roles based on the Hadiths of Sahih al-Bukhari. Employing a qualitative research design, the study utilizes inductive thematic analysis to extract valuable insights from the Hadiths. After extracting the hadiths of the mothers' role from Sahih al-Bukhari using words closely related to the word "umm", this study analyses the hadiths from the books of explanation of hadith. Based on the understanding from the analysis, the theme of the mothers' role was formed. Thefindings have identified six essential aspects concerning the role of mothers, encompassing spiritual, physical, emotional, moral, social, and sexual dimensions. By focusing on these six areas, mothers can effectively cultivate a comprehensive and balanced identity for their children, addressing both worldly and spiritual aspects.