Browsing by Author "Md Yunus Abd Aziz"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Expansion Of Asnaf Gharimin’s Interpretation In A Pandemic Context In Malaysia(Usuli Faqih Research Centre, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiThe Covid-19 pandemic that has lasted for over a year has dealt a huge blow to the socioeconomic position and Malaysians well being. Various initiatives have been issued by the government to help the less fortunate including the implementation of a moratorium. Zakat institutions are also indirectly involved in helping people who are in debt in the context of asnaf gharimin. However, when there is a pandemic, the criteria for gharimin scheme recipients need to be re-examined in determining the eligible groups. Therefore, this study was conducted to analyze the interpretation of asnaf gharimin according to the scholars of 4 Madhab, contemporary interpretation and the expansion of its interpretation in the context of the pandemic. This study uses documentation, observation and analysis methods to achieve the objectives of the study. The results show that the interpretation of asnaf gharimin in the pandemic context can be expanded to traders whose sources of income are affected to the point of not being able to repay debts and those who need to settle debts immediately. It is hoped that this study can be a guide and reference for zakat institutions or certain organizations in managing zakat-related affairs for asnaf gharimin during the pandemic. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Rasuah Dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Perspektif Syarak(USIM Press, 2023) ;Azman Ab. Rahman ;Md Yunus Abd Aziz ;Ahmad Zaki Bin SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa sama ada daripada sektor penjawat awam atau swasta. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia namun masih tidak boleh dibendung. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman. Justeru, artikel ini bertujuan membincangkan mengenai konsep rasuah menurut syariat Islam. Artikel ini juga akan mengkaji faktor-faktor gejala rasuah di Malaysia selain meneliti implikasi amalan rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati amalan rasuah bertentangan dengan syariat Islam. Antara faktor yang mempengaruhi gejala ini masih berlaku adalah disebabkan nilai integriti yang rendah, tekanan kewangan serta kejahilan terhadap ilmu agama. Implikasi gejala rasuah juga menjadikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat berada di tahap yang rendah, meningkatkan jurang sosioekonomi dan kadar kemiskinan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian juga mencadangkan agar aspek pendidikan diberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dan etika bagi membantu memupuk sikap jujur dan berintegriti dalam diri masyarakat agar gejala rasuah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi membendung jenayah rasuah untuk menjamin masyarakat di Malaysia bebas daripada gejala rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Kerajaan Dalam Pendidikan Antirasuah Di Malaysia Dan Impaknya Terhadap Masyarakat(USIM Press, 2024) ;Azman Ab. Rahman ;Md Yunus Abd Aziz ;Ahmad Zaki SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah merupakan fenomena sosial yang telah diwarisi oleh hampir setiap masyarakat sejak awal peradaban. Ia menjadi isu yang polemik dan hangat diperkatakan serta merosakkan imej terhadap negara. Menurut laporan SPRM, statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 sehingga 2021 berlaku kenaikan setiap tahun iaitu 552 kes kepada 847 kes. Bahkan Malaysia turut mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 trillion disebabkan kegiatan amalan rasuah. Justeru artikel ini membincangkan peranan kerajaan dalam memerangi rasuah di Malaysia. Artikel ini juga akan mengkaji usaha dan inisiatif kerajaan dalam pendidikan antirasuah serta meneliti impak pendidikan antirasuah terhadap pelajar dan masyarakat di Malaysia. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa program pendidikan antirasuah amat penting dalam membendung isu rasuah yang berlaku pada hari ini. Justeru menjadi satu perkara yang penting bagi kerajaan dalam memberi kesedaran di peringkat awal pembelajaran melalui pendedahan pendidikan antirasuah dalam silibus belajar dan program bagi mengelakkan rasuah berleluasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perluasan Tafsiran Asnaf Fakir Dan Miskin Dalam Konteks Pandemik Di Malaysia(Usim Press, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Nur Wahida Lokman ;Md Yunus Abd Aziz ;Muhammad Firdaus Ab RahmanHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiPenularan wabak Covid-19 telah memperlihatkan kecekapan institusi zakat menguruskan wang dana zakat dengan pantas dan berkebajikan. Pelbagai jenis golongan seperti golongan T20 yang terjejas pendapatan oleh kerana wabak Covid-19 juga turut dibantu oleh pihak institusi zakat. Situasi ini menunjukkan skop agihan zakat kepada asnaf telah diperluaskan bagi menjamin kebajikan umat Islam terjaga. Namun begitu, timbul persoalan dari sudut kedudukan golongan baharu yang boleh dikategorikan sebagai golongan asnaf dalam konteks pandemik. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran asnaf fakir dan miskin menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya dalam konteks pandemik. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran asnaf fakir dan miskin dalam konteks pandemik boleh diperluaskan seperti mereka yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan dan pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat. Kajian lanjutan terhadap perluasan tafsiran asnaf gharimin dalam konteks pandemik perlu dilakukan kerana ia juga melibatkan hutang masyarakat yang terjejas semasa pandemik.