Browsing by Author "Md Yunus Abd. Aziz"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Rasuah dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Persepktif Syarak(Penerbit USIM, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Md Yunus Abd. Aziz ;Ahmad Zaki Bin SallehAnis Nabilah KamarulzamanRasuah di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa sama ada daripada sektor penjawat awam atau swasta. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia namun masih tidak boleh dibendung. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman. Justeru, artikel ini bertujuan membincangkan mengenai konsep rasuah menurut syariat Islam. Artikel ini juga akan mengkaji faktor-faktor gejala rasuah di Malaysia selain meneliti implikasi amalan rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati amalan rasuah bertentangan dengan syariat Islam. Antara faktor yang mempengaruhi gejala ini masih berlaku adalah disebabkan nilai integriti yang rendah, tekanan kewangan serta kejahilan terhadap ilmu agama. Implikasi gejala rasuah juga menjadikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat berada di tahap yang rendah, meningkatkan jurang sosioekonomi dan kadar kemiskinan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian juga mencadangkan agar aspek pendidikan diberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dan etika bagi membantu memupuk sikap jujur dan berintegriti dalam diri masyarakat agar gejala rasuah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi membendung jenayah rasuah untuk menjamin masyarakat di Malaysia bebas daripada gejala rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Rasuah: Inisiatif SPRM Melalui Program Perkasa Antirasuah dalam Masyarakat(Penerbit USIM, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Md Yunus Abd. Aziz ;Ahmad Zaki Bin SallehAnis NabilahSejak kebelakangan ini, kes jenayah rasuah dilihat semakin meningkat di kalangan masyarakat di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada catatan statistik yang direkodkan melalui aduan dan penangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan program-program yang bertujuan memperkasakan budaya antirasuah dalam Masyarakat majmuk. Maka, kajian yang dibuat ini meletakkan objektif untuk memberi fokus kepada inisiatif organisasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menyebarkan budaya antirasuah dalam masyarakat melalui program yang dilancarkan. Kajian ini juga membincangkan implikasi memperkasa budaya antirasuah terhadap masyarakat dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk melihat isu rasuah serta membandingkan dengan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya antirasuah terhadap kehidupan masyarakat kini. Hasil kajian mendapati inisiatif perkasa budaya dan sikap antirasuah melalui program dapat membantu dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti tinggi. Justeru itu, menjadi satu perkara yang penting bagi kerajaan untuk memberi kesedaran antirasuah melalui program-program berimpak tinggi dan memasukkannya ke dalam agenda utama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Terhadap Pencegahan Rasuah Melalui Amalan Sifat dan Akhlak Nabi Muhammad SAW dalam Kehidupan Masyarakat(Penerbit USIM, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Md Yunus Abd. Aziz ;Ahmad Zaki bin SallehAnis NabilahPada era globalisasi di zaman moden ini, gejala rasuah dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini terbukti melalui peningkatan yang ketara pada statistik pemberian dan penerimaan rasuah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, bagi menangani kegiatan rasuah dalam kalangan masyarakat, sifat dan keperibadian Nabi Muhammad SAW dilihat sebagai satu aspek yang penting untuk memupuk nilai yang murni dalam pembangunan jati diri individu. Objektif kajian memfokuskan kepada pendekatan pencegahan rasuah melalui amalan dan sifat akhlak Nabi Muhammad SAW. Kajian juga akan membincangkan impak pemerkasaan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk menganalisis isu rasuah serta mengenalpasti amalan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan penyelesaian yang tuntas dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seperti yang sangat ditekankan oleh agama Islam. Justeru menjadi satu perkara yang penting bagi masyarakat hari ini untuk menyedari akan kepentingan dalam mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan rasuah berleluasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Mengenai Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Konsep Islam Hadhari: Kajian Di Lembah Klang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2005) ;Md Yunus Abd. Aziz ;Abd Hamid Abd Murad ;Arif Fahmi Md YusofNik Salida Suhaila Nik SalehThe concept of lslam Hadhari is introduced by Malaysian Government and announced by YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Basically, this concept is acquainted to give a clear picture of lslam to the Muslim society as a whole and also others in Malaysia. Currently, there are many interpretations of lslam Hadhari given to the society by individual or certain group of people. Therefore, this research is an exploratory and preliminary research to understand the perception of society towards lslam Hadhari introduced by the Government. It is aiming at ensuring the understanding, attitudes and perception of the Muslim society about lslam Hadhari including their source of information. The targeted respondent of this research are Muslim society in Klang Valley by considering their various background of education and location. Research questions that have been issued are gathered and analyzed. Finally, the result or finding of that particular analysis is stated and attached in this report.