Browsing by Author "Minah Harun"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prosedur Tauliah Mengajar dan Ceramah di Masjid: Kajian di Negeri Kedah dan Perlis(Penerbit USIM, 2024) ;Nor Hanani Ismail ;Rukhaiyah Abd. Wahab ;Salmah OmarMinah HarunMasjid merupakan tempat ibadah dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengembangan spiritual dan penyebaran dakwah. Salah satu perkara yang terkait dengan pendidikan di masjid ialah tauliah mengajar. Tauliah merupakan tanda pengakuan atas pemilihan seseorang sebagai pengajar atau penceramah di masjid. Dengan adanya tauliah mengajar, umat Islam di masjid memperoleh pengajaran agama yang berkualiti dan sahih. Persoalannya, apakah prosedur bagi permohonan mendapatkan tauliah mengajar dan memberi ceramah di masjid?. Justerus kajian ini dijalankan, bagi mengenalpasti prosedur permohonan tauliah mengajar dan memberi ceramah di masjid. Skop kajian ini adalah tertumpu di negeri Kedah dan Perlis yang dijadikan sebagai asas kajian. Jabatan Mufti bagi kedua-dua negeri merupakan institusi yang berautorit dalam mengeluarkan kelayakan tauliah pemohon di kedua buah negeri. Kaedah pengumpulan data menerusi dokumentasi yang berkaitan prosedur permohonan tauliah di negeri Kedah dan Perlis. Kajian mendapati terdapat enam prosedur dengan tujuh perkara tenknikal bagi mendapatkan tauliah mengajar bagi Negeri Kedah dan empat prosedur teknikal bagi negeri Perlis.