Browsing by Author "Mohamad Afandi Md Ismail"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Impak Pembelajaran Kursus Pengajian Di ACIS Terhadap Keyakinan Pelajar Dalam Bidang Keusahawanan(USIM Press, 2021-12) ;Mohamad Afandi Md Ismail ;Muhammad SyahrulDeen Ahmad Rosli ;Muhamad Hasif Yahaya ;Noor Aznaim Abd LatifZainur Nadiah BaharuddinPenglibatan dan daya tarikan bidang keusahawanan semakin meningkat ekoran daripada kemajuan teknologi yang turut memberi kesan positif kepada dunia perniagaan melalui platform digital seperti Alibaba, Shopee, Lazada dan sebagainya. Budaya pembelian secara atas talian yang semakin popular dalam kalangan pengguna, menjadikan fokus para peniaga mula teralih kepada menjalankan perniagaan melalui platform digital. Bagi mengimbangi kehendak semasa dalam bidang keusahawanan, kebanyakan institut pengajian tinggi mula membuat perubahan terhadap kursus-kursus pengajian supaya merangkumi aspek keusahawanan. Perubahan ini diharapkan dapat mengubah persepsi, minat dan memberi galakan kepada para pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya selepas menamatkan pengajian. Walaupun begitu, masih lagi wujud stigma tentang kerugian kepada para graduan bukan bidang keusahawanan yang menyertai bidang keusahawanan selepas tamat pengajian dan persepsi ketidakmampuan graduan untuk menyertai bidang keusahawan akibat kekurangan pengetahuan berkait keusahawanan semasa mengikuti kursus pengajian masing-masing. Oleh yang demikian, kajian ini akan merungkai kesan pembelajaran kursus pengajian yang ditawarkan di ACIS dalam memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan. Kajian ini akan menggunapakai kaedah kuantitatif melalui soal selidik kepada sejumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di ACIS. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati wujud sikap dan minat yang positif dalam kalangan pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan serta pelajar percaya bahawa kursus pengajian yang telah mereka ikuti memberi pengetahuan dan keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu pelbagai pihak untuk meletakkan aspek keusahawanan sebagai elemen penting dalam struktur pengajian. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Lgbt Di Malaysia : Satu Tinjauan Terhadap Aspek Kajian(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohamad Afandi Md Ismail ;Mohd Sabree Nasri ;Muhamad Hasif Yahaya ;Ikmal Hafiz JamalMuhammad Najib Abdul WakilThe word "LGBT" is becoming the most popular issue talked about among Malaysians regardless of age, race, religion, and culture. This is due to various issues that have arisen brought by this group in society. The LGBT group that hides behind the propaganda of freedom and human rights has made it a focal point for various studies at various levels. This paper is intended to review the extent to which studies that touch on LGBT issues have been implemented in Malaysia. Next, conclude and suggesting other studies that are seen as potential for implementation. Writing will use qualitative methods concerning library studies that include various forms of material such as journal articles, newspapers, fatwas, scientific studies, and others. The findings of writing found that several aspects being the focus of previous researchers, namely aspects of development, acceptance, and punishment, effects and issues that arise, factors involved, as well as suggestions to overcome LGBT symptoms. Thus, several other aspects of the study have been submitted as suggestions for further studies related to LGBT issues in Malaysia that can be implemented.