Browsing by Author "Mohamad Jodi, K. H."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Indikator Cinta Kemanusiaan Melalui Kursus Pengajian Ketamadunan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Siran, F. H. ;Abu Zahrin, S. N. ;Yunos, N. ;Mohamad Jodi, K. H. ;Ali, N.Abu Hassan, F. N.Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa cinta kemanusiaan dalam diri manusia semakin terhakis. Peningkatan kadar peperangan, pertumpahan darah dan jenayah di seluruh dunia seperti peperangan di Palestin dan Syria yang mengorbankan ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa memjelaskan penularan fenomena ini. Manusia seolah-olah telah tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap mangsa yang terbunuh. Justeru, indikator cinta kemanusiaan dilihat sebagai salah satu alternatif solusi untuk membendung fenomena ini daripada terus berlarutan. Hasil kajian konseptual ini telah mengenal pasti beberapa indikator cinta kemanusiaan; iaitu keinginan untuk membantu (prosocial/altruisme), filantrofi, prihatin, cinta kebaikan, kesederhanaan (wasatiyah), mematuhi undang-undang, empati, nilai jati diri, tanggungjawab sosial, keagamaan, belas kasihan dan toleransi. Pihak yang berkenaan boleh menjadikan indikator cinta kemanusiaan ini sebagai nilai yang perlu dididik dan diterapkan dalam diri individu supaya bagi meningkatkan rasa cinta kemanusiaan dalam diri sekaligus mengelak daripada terlibat dengan sebarang siri kekejaman, seterusnya melahirkan generasi penyayang dan harmoni. Kajian ini mencadangkan agar indikator Cinta Kemanusiaan yang telah dikenalpasti ini dapat diterapkan melalui Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia memandangkan kepentingan kursus ini kepada pelajar-pelajar Insitusi Pengajian Tinggi di Malaysia.