Browsing by Author "Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Naratif Perang Canakkale 1915 Menurut Cerminan Sumber Primer Terpilih(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2020) ;Ezad Azraai Jamsari ;Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz ;Ermy Azziaty Rozali ;Badlihisham Mohd Nasir ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Adibah SulaimanNoorsafuan Che NohMakalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Conceptual Study On Adab Of The Learned And The Learner In Islam(International Journal of Advanced Research (IJAR), 2021-12) ;Adibah Sulaiman ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Ezad Azraai JamsariRaja Muhammad Imran Raja Abdul AzizDistinguished Muslim scholars in the past and at present time have given a great emphasis on the importance of adab (Islamic ethics) in a believers life. Due to global ever-changing progress and development in terms of advanced technologies, almost all aspects of human beings life are considerably affected. In education, the teaching and learning process has evolved accordingly where users have, eagerly or unwillingly, accepted online learning as part of teaching and learning strategies. This situation has created worries among those who uphold the conventional Islamic corpus approach and those who support todays need in education. Therefore, the objective of this study is to examine the concept of adab of the learned and the learner from the viewpoint of Imam al-Nawawi to provide a fundamental guideline for the online learning educators and novices. A deductive textual approach is used to achieve the purpose. It can be concluded that the narrative of adab for the learned and the learner is undeniably apparent which may benefit users of online learning. It is suggested that a further study may analyze this subject matter in-depth to provide clear adab-based teaching and learning strategies for Muslim users in particular. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Feasibility Of Islamic Astrotourism In Malaysia(Morse Florse, 2020) ;Mohd Hafiz Safiai ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Ezad Azraai JamsariNurul Ilyana Muhd AdnanIslamic astrotourism is a form of tourism that involves the sites with astronomical, historical and archaeological interest such as observatories, mosques, museums, and planetariums. This article discusses a study on the feasibility of Islamic astrotourism in Malaysia. This article aims to enlighten the role of Islamic astronomy may significantly contribute to tourism. A qualitative method was used in this article using instrument such as document analyses, interviews and observations. The result shows that there is a tight collaboration between Islamic astronomy and tourism in some activities held by astronomical institutions and travel agencies, including of amateur astronomers and astronomical organizations such as tours, conferences, carnivals, and publications. In addition, it will show the efficiency of involvement of such organizations in the development of Islamic astrotourism in Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ke Arah Hegemoni Politik Mughal: Analisis Gerakan Ketenteraan Awarangzib ke Wilayah Deccan(Penerbit USIM, 2024) ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan AshariMuhammad Izzad Helmy Muhammad HarunWilayah Deccan sentiasa mendapat perhatian Aurangzeb setelah beliau menerajui takhta Mughal pada tahun 1658. Pengalamannya sebagai gabenor wilayah Deccan sebanyak dua kali ketika era pemerintahan Shah Jahan dan ancaman wilayah Deccan terhadap Kerajaan Mughal telah mempengaruhi pendekatan Aurangzeb dalam menangani wilayah tersebut secara tindakan ketenteraan. Berdasarkan kenyataan di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis faktor gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa pemerintahan Aurangzeb. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) dalam proses pengumpulan dan analisis data, khususnya terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa era pemerintahan Aurangzeb adalah pengekalan hegemoni Kerajaan Mughal di India. Cabaran yang wujud ketika itu khususnya daripada kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda serta ancaman golongan Maratha menyebabkan Aurangzeb memilih tindakan ketenteraan sebagai tindakan yang terakhir bagi menangani cabaran berkenaan setelah tindakan diplomasi yang dilaksanakan sebelum itu gagal membuahkan hasil yang diharapkan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Penyusunan dan Pembukuan Al-Fatawa Al-Hindiyyah(Penerbit USIM, 2022)Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan AshariAL-Fatawa al-Hindiyyah merupakan suatu dokumen penting dalam sejarah amalan perundangan Islam di India era Mughal, khususnya dalam mazhab Hanafi. Projek penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah yang dicetuskan sendiri oleh pemerintah Mughal, Awrangzib (1658-1707) disifatkan sebagai legasi terbaiknya yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mughal. Sehubungan itu, kajian meneliti sejarah penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah serta meneroka motif di sebalik kemunculan dokumen berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) terhadap sumber primer dan sekunder dalam mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan al-Fatawa al-Hindiyyah ini merupakan idea Awrangzib sendiri dan disusun oleh sekumpulan ulama’ yang dilantik oleh Kerajaan Mughal. Penyusunan dan pembukuannya dilakukan bagi menyegaramkan amalan perundangan berdasarkan rujukan undang-undang yang berautoriti. Selain itu, al-Fatawa al-Hindiyyah ini disifatkan sebagai manifestasi Islamisasi dalam tadbir urus Mughal yang digagaskan oleh Awrangzib sekaligus mengangkat peranan ulama dalam kerajaan. Al-Fatawa al-Hindiyyah ini bukan sahaja berjaya menjadi penyelesaian kepada ketidakseragaman fatwa di India ketika era Mughal bahkan turut menjadi rujukan kepada beberapa kes perundangan Islam di India dan negara-negara Islam lain selepas era Mughal.