Browsing by Author "Mohamed, A. K."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Ibn Adil Al-Hanbali (W 880h) Dalam Penghujahan Hadith Di Dalam Kitabnya Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab: Kajian Terhadap Surah Al-Fatihah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohamed, A. K. ;Mohd Yusoff, M. Y. @ Z.Abdul Aziz al-Ghiryani, A.Kajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadith di dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dan menelusuri aspek penggunaan hadith sebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau. Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihah untuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadith sebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadith kepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’la di kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadith tersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak-ulamak hadith serta tidak menyatakan status hadith samada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Syair dalam Penghujahan Pentafsiran al-Quran: Kajian Terhadap Kitab al-Lubab fi Ulum al-Kitab Karangan Ibnu Adel al-Hambali(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017)Mohamed, A. K.Syair meraih kedudukan yang amat penting dan dipandang tinggi di sisi orang-orang Arab secara umumnya lebih-lebih lagi ahli bahasa, sasterawan dan pengkritik secara khususnya. Kajian ini akan membincangkan tentang kepentingan syair dan peranannya dalam penafsiran al-Qur’an. Syair telah menjadi salah satu alat yang digunakan sebagai hujah dan dalil oleh kebanyakan ahli tafsir ketika menafsirkan al-Qur’an. Penggunaan syair sebagai sokongan dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an telah pun bermula semenjak zaman sahabat R.A.. Mereka merujuk kepada syair dalam memahami sebahagian huruf dan bahasa al-Qur’an yang tidak jelas bagi mereka. Ahli-ahli Tafsir seperti Ibnu Jarir al-Tabari, Abu Hayyan, Ibnu Adel al-Hambali, al-Qurtubi dan ramai lagi yang menggunakan syair sebagai hujah dan dalil dalam menjelaskan makna ayat ataupun menyokong pandangan mereka dari aspek bahasa, hukum hakam mahupun tentang akidah. Kajian ini akan memaparkan metode yang digunakan oleh ahli tafsir dalam membawa hujah-hujah syair ini dengan membawa contoh dari kitab “al-Lubab Fi Ulum al-Kitab” karangan Ibn Adel al-Hambali. Justeru itu, diharap kajian ini boleh memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan syair sebagai satu alat yang memainkan peranan yang amat penting bagi menyokong dalam memahami al-Qur’an bahkan juga dalam memahami al-Sunnah.