Browsing by Author "Mohamed, S."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Potensi Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Prasekolah[Application of the Students� Potential in Teaching and Learning of Islamic Studies in Preschools](Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Jasmi, K. A.Mohamed, S.Objektif kajian adalah meneroka perkembangan potensi rohani dan sosioemosi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam prasekolah. Matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dengan pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif, dan bermakna. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang proaktif dengan ilmu dan kesungguhan bagi mencapai matlamat ini.Kajiankualitatifberbentuk kajiankes ini menggunakan kaedah pemerhatian sebagai instrumen utama. Data pemerhatian ditriangulasikan pula dengan data temu bual dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian menggunakan pensampelan bertujuan dengan ciri pemilihan mereka yang memiliki diploma pendidikan dari institusi perguruan, pernah mendapat kursus dan latihan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta berpengalaman mengajar prasekolah melebihi tiga tahun. Hasil kajian mendapati bahawa dalam P&P Pendidikan Islam prasekolah terdapat peranan sifat guru, pengetahuan, dan kreativiti guru dalam membangunkan potensi murid. Oleh itu, adalah diharapkan dapatan kajian ini akan menyumbang ke arah pengetahuan asas kita mengenai proses P&P Pendidikan Islam terutama usaha mengembangkan potensi rohani dan sosioemosi kanak-kanak.