Browsing by Author "Mohamed, Y."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bahasa Arab Untuk Pengajian Islam: Keperluan Dan Autentik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohamed, Y. ;Ibrahim, M. ;Wan Ahmad, W.A.Hajib, Z.A.Bahasa Arab Tujuan Khas atau Arabic for Specific Purposes (ASP) merupakan cabang Disiplin Linguistik Terapan yang mempunyai lapangan dan bidang yang pelbagai, seperti: Bahasa Arab Pelancongan, Bahasa Arab Diplomat, Bahasa Arab Pengajian Islam (AIS: Arabic for Islamic Studies) dan sebagainya. AIS adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan Syariat Islam, Usuluddin dan pengajian Al-Quran dan Al-Hadith. Bahasa Arab dan Pengajian Islam adalah dua istilah yang sinonim, kerana medium penyampaian disiplin tersebut adalah Bahasa Arab. Dengan demikian, keperluan AIS semakin mendesak dalam kalangan pelajar atau institusi yang bertujuan memudahkan pemahaman dan pembelajaran dalam bidang Pengajian Islam. Kajian ini bersifat kuantitatif dan kualitatif yang mengguna instrumen soal selidik dan interview terhadap 10 tenaga pengajar dan dua kumpulan pelajar tahun akhir bagi kursus yang berkaitan dengan Pengajian Islam untuk mendapatkan data “keperluan” (Needs) dan autentiknya. Data menunjukkan bahawa keperluan terhadap AIS samada dari kalangan pelajar atau pensyarah adalah amat tinggi dan mendesak. Dengan demikian, penyelidik mencadangkan agar Bahasa Arab untuk tujuan Pengajian Islam perlu di perkenalkan di peringkat universiti. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Model Aplikasi Produk Halal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019)Mohamed, Y.Produk Halal dan pengguna Muslim merupakan dua istilah yang amat sinonim. Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap pengguna Muslim. Al- Quran dan Sunnah telah menggariskan beberapa panduan yang jelas bagi memastikan sesuatu produk itu adalah halal dan baik. Kesedaran untuk mencari produk halal masih kurang dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan membentuk satu model aplikasi halal yang dihasilkan melalui kaedah kajian demografi dengan menggunakan teknik temu duga klinikal tentang bagaimana mengenal pasti sesuatu produk halal di pasaran dan amalanya yang praktikal. Kaedah temu bual pelajar akan digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan praktikaliti dan amalannya ketika mendapatkan sesuatu produk. Manakala, tatacara dan amalannya yang digunakan itu akan dianalisis dan dibentuk menjadi satu model yang boleh digunapakai oleh pengguna setelah menjalani ujian keberkesanannya.