Browsing by Author "Mohamed Yusoff, A. F."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Terhadap Pelaksanaan Kursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Di Politeknik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohamed Yusoff, A. F. ;Yaacob, N.Mokter, M.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pastipenerimaan pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Fokus kajian ini adalah menganalisis tahap dan hubungan di antara penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan kursus dari aspek kandungan kursus, pengajaran pensyarah dan penilaian kursus. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 270 orang pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh yangtelah mengambil kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dengan menggunakan set borang soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (IBM SPSS Statistics 20.0).Secara keseluruhannya, dapatan analisa data mendapati penerimaan pelajar terhadap Kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam daripada aspek kandungan kursus (min=4.451), pengajaran pensyarah (min=4.531) dan penilaiankursus(min=4.441) adalah sangat tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan pelajar dengan kandungan kursus (r= 0.902), pengajaran pensyarah (r=0.897) dan penilaian kursus (r=0.940). Implikasi kajian ini memberi peluang kepada para pensyarah untuk menambah baik proses P&P dan menjadikan kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam sebagai platfrom kepada para pelajar untuk menambahkan kefahaman dan mampu mempraktikkan cara hidup Islam serta menguasai kemahiran generik.