Browsing by Author "Mohammad Aizuddin Abd Aziz"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Model Hybrid Wakaf Bagi Pembangunan Kediaman Warga Emas Yang Lestari(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd Aziz ;Asmaddy Haris ;Ridzwan Bakar ;Abd Razak Abu Musa SaarMohd Aminur Rahman Mohamed RashidPenglibatan institusi awam dan swasta di dalam aktiviti pembangunan hartanah wakaf amatlah menggalakkan. Terdapat institusi-institusi yang mewakafkan hartanah yang dimiliki untuk pembinaan pusat ibadat seperti masjid dan surau, pusat pendidikan seperti sekolah tahfiz dan juga pusat komersil seperti rumah kedai. Selain hartanah wakaf, aktiviti berwakaf secara tunai juga amat popular dewasa ini sebagai satu medium masyarakat Islam untuk menyalurkan harta di jalan Allah. Potensi besar wakaf tunai dari sudut pengumpulan dana yang besar yang kemudiannya disalurkan untuk pembangunan hartanah wakaf sedia ada serta digunakan untuk membina bangunan-bangunan baru secara tidak langsung meningkatkan ekuiti pemilikan harta umat Islam. Di Malaysia, model pembangunan hartanah wakaf boleh dikategorikan kepada dua iaitu pembangunan wakaf sedia ada menggunakan dana wakaf tunai yang dikumpulkan dan juga pengumpulan dana wakaf tunai yang akan diistibdalkan kepada aset tetap seperti bangunan dan sekolah. Justeru, objektif utama kajia ini adalah untuk meneliti model wakaf tunai yang diperkenalkan dan diamalkan bagi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Kajian ini juga mencadangkan model hybrid wakaf bagi pembangunan kediaman warga emas yang menggabungkan keduadua wakaf hartanah dan tunai. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penelitian data sekunder berkaitan dengan wakaf hartanah dan tunai serta model-model wakaf tunai yang dipraktikkan. Dapatan daripada kajian ini diharapkan menjadi pemangkin terhadap peningkatan aset-aset hartanah wakaf yang disumbangkan oleh individu dan institusi bagi tujuan kebajikan umat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Penggunaan Aplikasi E-MIMAS Di Kalangan Pentadbir Kewangan Masjid: Kajian Penerokaan(The Al-Azhar Mosque Management Board Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2022) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd AzizAsmaddy HarisThe financial management and reporting is essential for organizations and institutions including mosque which is entrusted to manage funds that they receive from the public. As an Islamic institution whose operation is not profit-oriented, an appropriate financial reporting approach for mosque is inevitable. An online repoting system (E-MIMAS) has been developed by a group of researchers from Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) to assist mosque to prepare financial report that is inline with its not-for-profit organizational objective. E-MIMAS system complies with shariah requirement in reporting the restricted fund and unrestricted fund separately. This exploratory study aims to identify the level of acceptance in using E-MIMAS among the mosque administrators. In this study, two mosques and one surau have been given access to the system for at least two months. After the period interview sessions were conducted with the administrators to get their feedback on the use of E-MIMAS. The ease of online access through any devices, ease of use, and the segregation of restricted and unrestricted funds in the reporting, are the factors that contribute to their interest to continue using the system. The feedbacks also help the researchers to improve the system to ensure the use of E-MIMAS by other mosques in Malaysia would result in more efficient and effective financial reporting for the institution. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Risiko Shariah dalam Penggunaan Kaedah Perakaunan Berasaskan Keuntungan untuk Pelaporan Kewangan Masjid(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, 2022) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd AzizAsmaddy HarisSebagai satu institusi Islam yang menerima sumbangan kewangan daripada orang awam, masjid perlu menguruskan sumber kewangan tersebut dengan cara yang telus, efisyen dan berkesan. Perakaunan dan pelaporan kewangan adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan mana-mana organisasi termasuk masjid. Elemen akauntabiliti terhadap sumber kewangan yang diperolehi untuk diuruskan boleh dizahirkan melalui sistem perakaunan dan pelaporan kewangan yang baik. Umumnya pihak masjid menggunakan kaedah perakaunan dan pelaporan yang biasa digunakan oleh entiti perniagaan dalam penyediaan laporan kewangan mereka. Memandangkan institusi masjid bukan beroperasi dengan bermatlamatkan keuntungan, maka kaedah perakaunan dan pelaporan perniagaan (business accounting) dilihat kurang sesuai untuk digunakan oleh pihak masjid kerana objektif pelaporan kewangan (financial reporting objective) bagi entiti perniagaan dan masjid adalah berbeza. Artikel ini juga akan membincangkan risiko-risiko shariah yang boleh berlaku sekiranya perakaunan dan pelaporan kewangan perniagaan digunakan oleh pihak masjid untuk menyediakan laporan kewangan mereka.