Browsing by Author "Mohd Aariffin Taharin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Populariti Aktiviti Keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia(USIM Press, 2021-12) ;Mohd Aariffin TaharinNorazmi AnasInstitusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia berkembang dengan pesat saban tahun hasil kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak khususnya pengajian tahfiz. Walaupun begitu, ITS dibelenggu masalah kewangan dan kelemahan tadbir urus yang menjejaskan kualiti huffaz. Oleh itu, objektif kajian ini ialah (i) Membincangkan konsep keusahawanan sosial, (ii) Mengenalpasti aktiviti keusahawanan yang paling popular diamalkan oleh ITS dan (iii) Merumuskan keberkesanan dan cabaran aktiviti keusahawanan yang diamalkan oleh ITS di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif pendekatan fenomenologi bermula pencarian dalam pautan internet seperti google scholar, google dan facebook dan diikuti teknik bola salji (snowball), diikuti temubual semi struktur terhadap 6 buah ITS terpilih menggunakan persampelan purposif. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 22 buah ITS di Malaysia yang dikenalpasti menjalankan aktiviti keusahawanan melibatkan 16 buah ITS menjalankan perniagaan berbentuk produk, manakala selebihnya sebanyak 6 buah ITS pula menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan di negeri Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Melaka dan Perlis. Selain itu, didapati bahawa populariti perniagaan berasaskan produk lebih menonjol berbanding perniagaan berasaskan perkhidmatan seterusnya aktiviti keusahawanan didapati mampu menampun kos operasi ITS masing-masing walaupun menghadapi beberapa cabaran seperti modal pusingan, persaingan, pemasaran dan sebagainya. Maka, aktiviti keusahawanan yang diamalkan oleh ITS mampu menampun kos operasi serta meningkatkan penjanaan pendapatan sendiri dan ekonomi demi kelansungan ITS di Malaysia.