Browsing by Author "Mohd Akram Dahaman@Dahlan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ke Arah Model Agihan Zakat Komprehensif Terhadap Mangsa Bencana Berdasarkan Jenis Bencana Dan Bantuan Kepada Mangsa Di Negeri Kedah(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Mohd Akram Dahaman@Dahlan ;Mohamad Khadafi bin Hj. Rofie ;Solahuddin bin Abdul HamidMuhamad Amar bin MahmadMutakhir ini Malaysia telah berdepan dengan peningkatan jenis bencana melibatkan banjir, ribut, kebakaran dan juga pendemik virus yang menjejaskan kehidupan masyarakat serta kesihatan awam. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak berkuasa zakat di negeri Kedah iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), agihan zakat kepada mangsa bencana di negeri Kedah diambil peruntukan daripada asnaf fakir dan miskin sahaja. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam berdasarkan perbincangan ulama berkenaan beberapa asnaf lain seperti al-Gharimun, Ibn Sabil dan Muallaf Qulubuhum bagi mendapat satu bentuk penanda arasan dalam menjana inisiatif baharu bagi skim-skim bantuan kepada mangsa bencana yang lebih komprehensif. Dapatan awal ini telah berjaya mengemukakan jenis bencana yang berlaku di Malaysia dan di negeri Kedah. Dapatan juga telah menunjukkan bentuk bantuan yang telah diberikan pihak berkaitan kepada mangsa bencana seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), LZNK dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di negeri Kedah. Dapatan juga telah menunjukkan keperluan LZNK untuk membentuk satu model agihan zakat komprehensif terhadap mangsa bencana melibatkan asnaf lain seperti al-Gharimun, Ibn Sabil dan Muallaf Qulubuhum di samping asnaf fakir dan miskin. Perkara ini akan menatijahkan keberhasilan yang baik kepada LZNK dalam meletakkan prestasi agihan kutipan zakat yang menyeluruh dan berfokus.